Make your own free website on Tripod.com

mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)links.jpg (1420 bytes)disclaim.jpg (1561 bytes)
http://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

anarule.gif (1534 bytes)

Medical Course

Penerangan dibawah adalah berdasarkan sukatan pelajaran di Leeds Univ. Medical School. Terdapat sedikit perbezaan di tempat-tempat tetapi subjek asasnya adalah sama.

Tahun 1

Matapelajaran yang diajar adalah:-

  • Anatomy - iaitu pelajaran struktur tubuh badan termasuklah segala jenis, nama dan kedudukan tulang, otot, salur darah, urat saraf, sistem limfa, organ-organ didalam badan dan lain-lain. Ketika inilah pelajar dikehendaki membuat 'dissection' iaitu membedah mayat untuk mempelajari strukturnya dengan lebih terperinci. Untuk mempelajari tulang dengan lebih berkesan, terdapat pelajar yang membeli set tulang manusia tulen (berharga RM1,000 - 2,000 satu set).

    Juga termasuk didalam pelajaran ialah Histology iaitu pelajaran tentang sel-sel badan dan Embryology iaitu pelajaran tentang perkembangan janin/bayi dalam kandungan.

  • Physiology - pelajaran tentang bagaimana organ badan bekerja - contohnya bagaimana jantung mengawal perjalanan dan pengepaman darah ke seluruh badan, bagaimana urat saraf berfungsi dll.

  • Biochemistry - Iaitu tentang struktur kimia sesuatu bahan, ubat, hormon, kitarannya didalam badan (pathway), tindakbalas bahan-bahan tersebut dan bagaimana ia bekerja. Juga terdapat praktikal didalam makmal untuk mempelajari teknik-teknik ujikaji biokimia.

  • Behavioral Science - Sains yang merangkumi teori, emosi, tingkahlaku , personaliti manusia persendirian dan didalam masyarakat. Awas!! Doktor boleh membaca body language ;-).

  • First Aid course - tentang rawatan kecemasan mudah terhadap kejadian-kejadian yang mungkin dialami sehari-hari.

Tahun 2

  • Anatomy, Physiology dan Biochemistry dipelajari dengan lebih mendalam dan lebih kepada penggunaannya didalam perubatan. Contohnya didalam pembelajaran bersalin (childbirth), struktur tulang wanita dipelajari dengan lebih mendalam, perubahan dan perbezaan organ didalam badan bayi sebelum, ketika dan selepas lahir.
  • Pharmacology - iaitu pembelajaran tentang ubat, strukturnya, bagaimana ia bertindak dan kesan sampingannya. Ini adalah diantara subjek yang paling mencabar.
  • Neuroscience - belajar tentang urat saraf dengan lebih mendalam, laluan-laluan urat saraf utama dari otak hingga ke otot dan organ ke seluruh badan.
  • Public Health - kajian tentang penyakit didalam masyarakat (case studies), bagaimana kajian di buat terhadap keberkesanan sesuatu ubat (clinical trial), kajian data-data yang merangkumi kematian (mortality) dan keadaan sakit (morbidity) didalam masyarakat dan penilaian tentang ekonomi sesuatu tindakan/kaedah pengubatan (cost effective).
  • Medical genetics - kajian tentang struktur asas manusia iaitu kod genetik. Ia adalah rantaian protein 2 selari yang amat panjang yang membentuk struktur dinamakan chromosom. Chromosom ini terletak didalam semua sel didalam badan manusia. Bahagian-bahagia tertentu kod inilah yang menentukan sifat/rupabentuk manusia, ketinggian, warna rambut, warna kulit dan sebagainya.

Tahun 3

  • General Medicine - inilah ketikanya pelajar mula pergi ke hospital dan belajar mengenai tugas-tugas seharian doktor. Contohnya bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang penyakit dari pesakit (history taking), membuat kajiselidik (investigation), rawatan dll. Pada peringkat awalnya adalah sedikit sukar untuk membiasakan diri dengan Yorkshire accent (iaitu loghat English di kawasan tengah England) yang agak pekat, biasanya digunakan oleh pesakit-pesakit yang sudah berumur.
  • General Surgery - sama dengan general medicine cuma ia lebih tertumpu kepada penyakit yang memerlukan pembedahan sebaga cara rawatannya. Contohnya penyakit appendicitis.
  • Laboratory dan Scientific Medicine - subjek yang merangkumi Pathology (proses penyakit di peringkat sel), Microbiology (tentang kuman-bakteria, virus, fungi, protozoa dll) dan teknik-teknik yang digunakan untuk mengkaji-siasat contoh specimen dari pesakit.

Tahun 4

  • Psychiatry - iaitu tentang penyakit-penyakit 'jiwa' (bukan kesemuanya penyakit gila). Contohnya schizophrenia, sawan, Parkinson's disease dll. Pelajar akan dihantar beberapa minggu ke hospital 'sakit jiwa' untuk mendapatkan pengalaman secara lansung.
  • Peadiatric - tentang penyakit bayi, kanak-kanak dan remaja belasan tahun.
  • Obstetric and Gynaecology - perbidanan dan sakit puan. Kesemua pelajar dikehendaki menyambut kelahiran bayi.
  • Anaesthesia - tentang ubat-ubatan bius. Pelajar dikehendaki (dibawah pengawasan) membius pesakit hingga tertidur, memasukkan tiub pernafasan kedalam paru-paru mereka dan mengawasi pernafasan pesakit ketika pembedahan sedang dijalankan.
  • General Practice - pelajar dikehendaki pergi ke klinik-klinik kecil dan melihat bagaimana doktor merawati sakit-sakit biasa seperti batuk, selsema dan masalah-masalah seharian.
  • Medical Specialties - merangkumi Dermatology (sakit kulit), Genito-Urinary medicine (terutamanya penyakit kelamin), Infectious medicine (penyakit berjangkit), Oncology (penyakit kanser).
  • Surgical Specialties - merangkumi Accident and Emergencies (wad kecemasan), Orthopaedics (sakit/pembedahan berkaitan dengan tulang), Plastic medicine (pembedahan melibatkan kulit contohnya selepas luka melecur), Urology (sakit berkaitan dengan buah pinggang, pundi kencing dan salur kencing).

Tahun 5

  • Medicine - selama 6 bulan - mempelajari tugasan doktor secara lebih mendalam.
  • Surgery - 6 bulan - lebih kepada penyakit yang memerlukan pembedahan. termasuklah Cardiothoracic surgery (pembedahan bahagian jantung-paru-paru), Otorhinolaryngology (berkaitan bahagian hidung, kerongkong dan telinga), opthalmology (bahagian mata) dan neurosurgery (pembedahan urat saraf).

Pengajian perubatan memerlukan dedikasi, semangat dan pengorbanan yang tinggi daripada pelajar. Minat yang mendalam adalah satu keperluan yang sangat utama untuk mengambil kursus perubatan.

 

anarule.gif (1534 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved