topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Anorexia Nervosa  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Anorexia Nervosa adalah penyakit psikiatri (psychiatry) yang menyebabkan pesakit merasakan dirinya gemuk,  tidak mahu makan dan akibatnya tubuh badannya menjadi amat kurus sehingga boleh membahayakan kesihatan. Kebanyakan pesakit adalah kaum wanita (10 kali ganda kaum lelaki).

    Sila lihat penyakit yang berkaitan (bulimia nervosa)

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Tidak terdapat punca yang jelas. Ianya adalah gabungan beberapa masalah. Penyakit ini semakin menular sejak akhir 20 tahun kebelakangan ini. Pesakit menyangkakan masyarakat umum memandang wanita/remaja yang kurus sebagai menarik dan hampir setiap personaliti TV, model dan penghias kulit-kulit majalah berbadan kurus ataupun lansing. Pesakit takut jika mereka gemuk, mereka akan kehilangan tumpuan keluarga dan masyarakat. Kebiasaannya pesakit berasal dari keluarga professional yang berada.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

* menunjukkan tanda-tanda penting.

  • Berat kurang dari 85% dari berat badan yang sepatutnya. (berat badan ideal dibuat berdasarkan ketinggian dan jantina.)*
  • Amat-amat takut menjadi gemuk.*
  • Merasa diri gemuk walaupun jelas kelihatan kurus dan tidak bermaya. Pesakit tidak akan percaya apa-apa kenyataan yang mengatakannya amat kurus.*
  • Tidak datang haid untuk 3 kali berturut-turut.*
  • Pesakit tidak makan dan sanggup berlapar diri.*
  • Melakukan senaman melebihi kadar yang patut, cuba memuntahkan diri terutama jika pesakit terasa mereka 'terlebih' makan.
  • Menggunakan ubat pelawas untuk selalu membuang air besar dengan harapan badan akan menjadi kurus.
  • Pesakit boleh kekurangan sel darah merah (anaemia) dan   mempunyai tekanan darah yang rendah.
  • Boleh mengalami kebengkakan kaki. Ini disebabkan penggunaan ubat pelawas yang berlebihan. Berat badan yang turun setelah menggunakannya adalah disebabkan oleh kehilangan air dari badan, bukannya kehilangan lemak badan. Badan akan bertindakbalas dan cuba menyamai paras air diseluruh bahagian dan akibat dari proses tersebut kebengkakan boleh terjadi.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Tujuan utama rawatan adalah untuk memastikan ianya bukan berpunca dari penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya contohnya penyakit organ endokrin, kanser dan lain-lain.

    Pesakit yang tidak begitu serius boleh mendapatkan nasihat pakar psikiatri dan mengamalkan cara pemakanan berjadual. Manakala pesakit yang serius perlu dimasukkan ke hospital untuk dimasukkan air (saline) dan diberi makanan melalui salur hidung (nasogastric tube) dan menjalani rawatan lain berdasarkan simptom.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Dalam masa 3-4 tahun, 50% pulih sepenuhnya, 25% semakin baik dan selebihnya kekal dengan keadaan yang sama.

     

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved