topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

  Appendicitis (Appendiks) 

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Appendiks ialah keadaan dimana organ appendiks (bahagian menyerupai tiub kecil yang terletak berhampiran dengan sambungan antara usus kecil dan usus besar) menjadi merah, sakit, membengkak dan menjadi panas (inflammation).

    Appendiks mudah berubah menjadi serius dalam masa yang singkat (1-2 hari). Jikalau tidak dirawat dengan cepat, ianya akan bernanah atau ia akan menembusi dinding usus. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

    Appendiks menyerang semua peringkat umur, tetapi ianya lebih kerap menyerang jantina lelaki yang berumur 25 tahun kebawah.
     

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Punca sebenarnya tidak diketahui, tetapi apa yang kerap berlaku ialah jangkitan kuman daripada usus dan salur appendiks menjadi tersumbat (oleh makanan/najis). Setelah ianya berlaku, ia akan merebak dengan cepat.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    • Sakit dibahagian perut. Pada mulanya ianya di bahagian hadapan, kemudian kesakitan akan beralih kepada bahagian kanan bawah perut. Pesakit yang tenat akan membongkok kerana kesakitan.
    • Hilang selera, terasa loya, muntah, sembelit (biasanya berlaku pada hari sebelumnya).
    • Panas badan, biasanya tidak terlalu panas.
    • Bahagian bawah-kanan perut amat sakit jika disentuh.
    • Bagi kanak-kanak - muntah dan cirit.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Pembedahan segera untuk membuang organ appendiks. Pesakit kemudian akan diberi antibiotik.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (prognosis).

    Sepatutnya appendiks amat jarang menyebabkan kematian. Pesakit biasanya akan sembuh seperti sediakala. Kematian biasanya disebabkan oleh lambat dibawa ke hospital atau lambat dibedah.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved