topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Asthma (lelah)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Lelah disebabkan oleh saluran pernafasan didalam paru-paru menjadi sempit. Ia biasanya menyerang diwaktu subuh menyebabkan gangguan tidur. Pesakit kadangkala juga mendapat penyakit kulit (eczema), dan hay fever (hidung tersumbat, selsema, mata berair disebabkan alahan kepada debunga).Biasanya ia bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Hampir 5-10% kanak-kanak menghidap asthma (peringkat sederhana). Sebahagian besar daripada mereka akan sembuh apabila dewasa.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit

    Lelah adalah penyakit keturunan yang menyebabkan pesakit alah kepada perkara-perkara seperti sejuk, stres/masalah, senaman,  bulu haiwan, kutu rumah, debunga, sesetengah bahan kimia, dll. Apabila pesakit terdedah kepada punca-punca tersebut, antibodi terbentuk dengan cepat menyebabkan pesakit diserang asthma.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs)

    Tanda-tanda utamanya ialah sukar bernafas dan batuk. Kesukaran bernafas boleh menyebabkan nafas berbunyi (wheezing). Jika serangan menjadi teruk, kadar pernafasan dan denyutan jantung menjadi kencang dan pesakit sukar bercakap.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Cara yang paling baik untuk mencegah asthma adalah mengelakkan punca yang menyebabkannya terjadi. Walaupun senaman aktif boleh menyebabkan asthma, senaman pada kadar yang berpatutan boleh menjaga kesihatan pesakit.

bullet.gif (2533 bytes) Ubat-ubatan.

    Terdapat 2 jenis utama:-
    1. Ubat yang diambil ketika asthma menyerang, iaitu untuk membesarkan salur pernafasan yang sempit (bronchodilator - contohnya beta adrenergic agonist - salbutamol).
    2. Ubat yang diambil secara berterusan untuk mengelakkan asthma menyerang (prophylaxis) contohnya antiinflammatory drugs - corticosteroid - beclomethasone)

    Jenis ubat diambil dan kadar sukatannya hendaklah ditentukan oleh doktor yang pakar dalam bidang ini.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis)

    Asthma yang dihidapi ketika kanak-kanak biasanya hilang ketika dewasa. Walau bagaimanapun, ianya boleh kembali pada usia 20-30an. Asthma yang dihidapi oleh orang dewasa biasanya semakin baik apabila umur meningkat.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved