topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Jenis darah (AB, A, B, O dan rhesus)  

    Darah terdiri daripada beberapa komponen. Antara yang terpenting adalah sel darah merah (pembawa oksigen), sel darah putih (terlibat dalam pembentukan antibodi dan melawan jangkitan penyakit), platelet (terlibat dalam proses pembekuan darah contohnya selepas kecederaan), dan plasma (cecair jernih).

    Jenis-jenis darah yang utama adalah AB, A, B, dan O (dipanggil pengkelasan ABO). Sejenis lagi pengkelasan yang digunakan adalah pengkelasan rhesus. Jikalau kita pergi membuat ujian darah, dan jika darah kita dikelaskan sebagai B -ve (B negative), ini bermakna kita mempunyai darah jenis B dan rhesus jenis negatif. Pengkelasan rhesus terdapat dua iaitu positif atau negatif dan ianya tidak dipengaruhi oleh jenis darah ABO

    Pengkelasan darah ABO adalah dibuat berdasarkan ciri-ciri pada permukaan sel darah merah (agglutinogens) dan jenis antibodi yang terdapat didalam plasma darah kita (agglutinins).
     

  • Jenis AB mempunyai ciri-ciri A dan B pada sel darah merah dan tidak mempunyai antibodi didalam plasma.
  • Jenis A mempunyai ciri-ciri A pada sel darah merah dan mempunyai antibodi kepada B didalam plasma.
  • Jenis B mempunyai ciri-ciri B pada sel darah merah dan mempunyai antibodi kepada A didalam plasma.
  • Jenis O tidak ada ciri-ciri A ataupun B pada sel darah merah tetapi didalam plasmanya terdapat antibodi kepada A dan B
  • Manusia yang mempunyai darah AB tidak mempunyai antibodi terhadap A ataupun B maka mereka boleh menerima segala jenis darah (AB, A, B, O) - mereka boleh menerima segala jenis darah tetapi mereka tidak boleh menderma kepada orang berdarah jenis lain.

    Manusia berdarah O  mempunyai antibodi terhadap A dan B maka mereka hanya boleh menerima darah O sahaja. (mereka tidak boleh menerima darah jenis lain tetapi mereka boleh mendermakan darah kepada sesiapa sahaja)

    Kesimpulannya antibodi A penerima tidak boleh bertembung dengan ciri A pada darah penderma dan antibodi B penerima tidak boleh bertembung dengan ciri B penderma.

JIKALAU KENYATAAN DIATAS AMAT MENGELIRUKAN, LUPAKAN TERUS.....  HANYA LIHAT KEPADA JADUAL DIBAWAH SAHAJA.
 

    Pesakit berdarah AB boleh menerima darah     AB, A, B, O
    Pesakit berdarah A   boleh menerima darah             A,     O
    Pesakit berdarah B   boleh menerima darah                  B, O
    Pesakit berdarah O   boleh menerima darah                      O

Oleh kerana darah O boleh diterima oleh sesiapa sahaja, ianya amat penting sebagai simpanan di hospital. Ini adalah kerana dalam keadaan yang terdesak, ianya boleh diberikan kepada pesakit sebelum jenis darahnya dapat ditentukan (contohnya didalam keadaan kecemasan)

Peratusan manusia berjenis darah yang sama adalah

Jenis AB 2 %
Jenis A 46%
Jenis B 8 %
Jenis O 44%

 

Selain dari jenis ABO, terdapat jenis-jenis darah yang amat jarang contohnya jenis K. Manusia yang mempunyai darah jenis ini berisiko tinggi ketika berlakunya pendarahan yang banyak terutama sekali ketika kemalangan jalan raya. Ini adalah kerana sukar untuk mencari darah yang sejenis dengannya.
 


Pengkelasan Rhesus.  

Satu lagi ciri pada sel darah merah adalah ciri rhesus. Hampir 85% manusia mempunyai ciri ini maka mereka dinamakan rhesus positif.

Secara semulajadinya, tiada manusia mempunyai antibodi kepada rhesus ini didalam plasmanya. Antibodi ini tidak akan wujud pada manusia yang rhesus positive. Bagi mereka yang rhesus negative, mereka juga tidak ada antibodi kepada ciri rhesus akan tetapi, mereka mempunyai potensi untuk membina antibodi ini pada pada waktu-waktu tertentu di dalam hidupnya.  Ini amat penting bagi ibu-ibu yang mengandung pada satu situasi:-

Situasinya adalah suami rhesus positif dan isteri rhesus negatif.  Pada ketika hamil buat kali pertama ditakdirkan bayi dalam kandungan rhesus positif.  Pada awalnya ibu tidak ada antibodi kepada rhesus. Semasa ibu bersalin, sebahagian darah bayi akan masuk kedalam perjalanan darah ibu dan ini menyebabkan darah ibu membuat antibodi kepada rhesus.

Ditakdirkan lagi ibu mengandung buat kali yang kedua dan bayi dalam kandungan  juga adalah rhesus positif. Pada ketika ini darah ibu sudah mempunyai antibodi kepada rhesus maka ianya akan menyerang bayi dalam kandungan. Akibatnya samaada bayi mendapat sakit kuning ketika lahir ataupun yang lebih dahsyat,  bayi akan mati didalam kandungan

Oleh kerana situasi begini, penentuan rhesus amat penting ketika hamil supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada bayi.
 

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved