Make your own free website on Tripod.com

topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
http://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Caesarean Section

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Caesarean section (C-sect) adalah pembedahan yang dilakukan keatas wanita mengandung untuk mengeluarkan bayi dari rahimnya. Lebihkurang 12% daripada ibu-ibu yang  bersalin menggunakan kaedah ini. Ianya dilakukan kerana sebab-sebab tertentu diatas nasihat doktor.

Asal perkataan ini mungkin diperolehi dari Julius Caesar (dilahirkan secara pembedahan ini), iaitu seorang pemerintah Empayar Rome yang agung beberapa ribu tahun dahulu. (terdapat banyak lagi tanggapan tentang asal-usul nama ini...)

bullet.gif (2533 bytes) Sebab-sebab perlunya dilakukan Caesarean section.

  • Malpresentations - posisi bayi didalam kandungan tidak sesuai untuk dilahrkan secara biasa. Contohnya bayi songsang (breech), kaki kebawah (footling) dsb.
  • Cephalopelvic disproportion - bermaksud ukuran diameter kepala bayi tidak muat atau tidak bersesuaian untuk melalui laluan peranakan  si ibu. Ini boleh ditentukan dengan ultrasound ataupun diketahui daripada masalah bersalin yang sebelumnya.
  • Placenta Praevia - keadaan dimana uri (placenta) iaitu bahagian yang menyambungkan rahim ibu dengan talipusat bayi berada dibawah dan menutupi atau hampir-hampir menutupi laluan keluar bayi didalam rahim. Uri adalah besar (sebesar kedua-dua tapak tangan direnggangkan) dan jika ia menutupi laluan ini, ia boleh menyebabkan pendarahan yang amat banyak ketika bersalin secara biasa.
  • Fetal distress - bayi didalam rahim bermasalah kekurangan oksigen. Boleh diketahui dengan mendengar degupan jantungnya, mengukur pH darahnya ataupun jikalau cecair disekeliling bayi (amniotic fluid) bertukar menjadi hijau. Ini boleh berlaku ketika minggu-minggu akhir mengandung ataupun ketika sedang mengalami masalah bersalin (bayi tidak keluar). 
  • Prolapsed cord - keadaan ketika bersalin dimana talipusat (cord) bayi keluar terlebih dahulu dari kepalanya. Ini menyebabkannya terhimpit dan bekalan oksigen kepada bayi tersekat. C-sect perlu dilakukan dengan segera.
  • Jikalau ibu terkena jangkitan kuman contohnya Herpes virus - C-sect adalah perlu untuk mengelakkan bayi mendapat jangkitan dari ibunya.

bullet.gif (2533 bytes) Cara Caesarean section dilakukan.

Pembedahan yang biasa dilakukan adalah secara melintang di bahagian bawah perut (transverse lower uterine segment incision). Pembedahan dibahagian ini adalah baik kerana ianya membolehkan penyembuhan yang lebih kuat untuk mengandung kali yang seterusnya. Selain dari itu, ia mengurangkan kemungkinan jangkitan kuman, meninggalkan kesan parut yang sedikit dan mengurangkan masalah-masalah lain selepas pembedahan.

Kaedah yang lama dalah kaedah pembedahan secara menegak (classical vertical incision). Walaubagaimanapun kaedah ini kadang-kadang terpaksa digunakan contohnya jika posisi bayi melintang, jika bentuk rahim tidak sesuai untuk pembedahan melintang terdapat fibroid menghalang pembedahan melintang.

Biasanya Caesarean section dibuat samaada secara kecemasan (ibu menghadapi masalah ketika bersalin) ataupun secara elective iaitu masalah bersalin telah dijangka (contohnya bayi songsang) dan pembedahan dibuat berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

Jikalau pembedahan kecemasan, ubat bius (anaesthetics) yang digunakan adalah general anaesthesia iaitu yang menyebabkan ibu 'tertidur'. Jika ianya pembedahan elektif ataupun jika masa masih mengizinkan, biasanya regional anaesthesia (epidural atau spinal) digunakan dimana ibu masih dalam keadaan sedar. Epidural dan spinal anaesthesia adalah dua teknik yang berbeza dan digunakan ketika waktu-waktu yang bersesuaian dan perlu ditentukan oleh doktor yang pakar mengenainya.

Ketika pembedahan, proses pengeluaran bayi dari rahim adalah singkat (kadang-kadang beberapa minit sahaja) tetapi proses menjahit semula rahim dan kulit yang dibedah memakan sedikit masa (setengah jam atau lebih).

bullet.gif (2533 bytes) Risiko Caesarean Section

Caesarean section mempunyai beberapa risiko:-

  • Risiko umum penggunaan ubat bius (terutamanya general anaesthetics) - contohnya alahan, reaksi yang berlebihan terhadap ubat bius dan Mendelson's Syndrome iaitu keadaan dimana asid didalam perut termasuk kedalam paru-paru. Ia menyebabkan si ibu kelihatan pucat, paru-paru berair (pulmonary oedema), jantung berdenyut kencang dan salur udara didalam paru-paru mengecut (bronchospasm).
  • Pendarahan yang banyak.
  • Jangkitan kuman pada bahagian pembedahan.
  • Inflamasi pada rahim.
  • Pulmonary embolism - iaitu ketulan darah kecil ataupun gelembung udara kecil didalam darah menyumbat peredaran darah di dalam paru-paru. Pesakit mendapat kesakitan di dada secara tiba-tiba, batuk (mungkin berdarah) dan tekanan darah turun secara mendadak. Ini adalah keadaan yang merbahaya.
  • Parut terkoyak ketika mengandung kali yang seterusnya. Ini telah berkurangan dengan banyaknya menggunakan teknik-teknik pembedahan baru.

 

Oleh kerana Caesarean section  mempunyai risikonya sendiri, penggunannya hendaklah dibuat berdasarkan keperluan dan ianya perlu dilakukan atau diawasi awasi oleh pakar di dalam bidang ini.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved