topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Breast Cancer (barah payudara)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Barah payudara adalah jenis barah yang paling utama bagi wanita. Ianya lebih kerap berlaku pada masyarakat barat dan jarang sedikit bagi masyarakat timur (contohnya di Jepun, kekerapannya amat rendah). Barah ini amat jarang berlaku dibawah umur 25 tahun. Kekerapannya bermula setelah umur mencecah 40-50 tahun dan peratusan seterusnya akan  meningkat dengan peningkatan umur..

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Seperti biasa punca kanser sukar ditentukan. Wanita yang terdedah kepada pancara radiasi seperti di Hiroshima dan Nagasaki mempunyai lebih kecenderungan untuk mendapatnya. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang dikenalpasti boleh meninggikan risikonya:-

  • Terdapat ahli keluarga yang mengalaminya (ibu, kakak)
  • Peningkatan umur bermula dari pertengahan 40an.
  • Baligh pada usia awal dan putus haid pada usia lewat.
  • Lambat mengandung dan tidak menyusukan anak (breast feeding).
  • 80% adalah dari jenis Adenocarcinoma, iaitu berasal dari kulit permukaan kelenjar susu (glandular epithelium) ataupun kulit permukaan salur halus susu (mammary duct epithelium).

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Daripada bermulanya kanser tumbuh - beberapa micrometer (tidak dapat dirasai) sehingga kepada sais yang boleh dikesan dengan pemeriksaan tangan (1 cm diameter) boleh mengambil masa sehingga 5 tahun. 50% daripada kes-kes terjadi pada bahagian suku-atas-kanan bagi payudara kanan dan suku-atas-kiri bagi payudara kiri.

    Sel kanser ini boleh merebak ke organ-organ lain terutamanya paru-paru (65%), hati (50%) dan tulang (50%). Tanda-tanda yang kelihatan pada payudara adalah :-

  • Terasa ketulan pejal (dengan tangan). Perlu dingatkan bahawa tidak semua ketulan adalah barah. Sebahagian besarnya adalah jenis yang tidak merbahaya dan boleh dibuang.
  • Lekokan kedalam pada kulit.
  • Puting susu tenggelam
  • Puting mengeluarkan cecair terutamanya jika berdarah dan datangnya dari sebelah payudara sahaja.
  • Payudara membengkak (oedema) dan kelihatan berbintik-bintik seperti kulit oren (peau d'orange)

    Tanda-tanda lain:-
  • Ketulan-ketulan pejal pada bawah ketiak dan leher.
  • Hati membesar (hepatomegaly)
  • Sakit didalam tulang, tulang belakang, sakit kuning, mudah kelelahan ketika membuat kerja ringan, keletihan dan kehilangan berat (kesemuanya menunjukkan kanser sudah merebak ke organ lain)

bullet.gif (2533 bytes) Pengkelasan barah payudara.

    Terdapat jenis pengkelasan yang dinamakan TNM classification yang digunakan untuk menunjukkan sejauh mana barah sudah terbentuk Tetapi untuk memudahkan perbincangan pengkelasan I-IV digunakan dihalaman ini

    Stage Penerangan
    I Barah hanya di payudara
    II Terdapat ketulan pejal pada ketiak atau dada tetapi ianya kecil dan boleh digerakkan
    III Barah merebak sekitar payudara
    IV Barah merebak (metastases) ke tulang, paru-paru dan hati

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan benar-benar bergantung kepada keadaan barah:-

  • Stage I dan barah kecil, ianya boleh dibuang secara pembedahan (lumpectomy). Masalahnya ialah 40% akan tumbuh semula beberapa tahun kemudiannya. Jikalau saiznya besar pembedahan pembuangan payudara mungkin dilakukan (mastectomy). Masalah yang timbul adalah masalah psikologi kerana payudara adalah amat penting bagi diri wanita. Terdapat cara yang hanya membuang tisu dalam payudara tetapi payudara masih dikekalkan. Tisu selebihnya akan dipancarkan radiasi (radiotherapy) untuk membunuh sel barah yang mungkin ada. Cara ini amat baik dari segi psikologi pesakit dan hasilnya sama baik seperti pembedahan pembuangan payudara.
  • Stage II dan III - pilihannya adalah gabungan pembedahan dan radiasi atau radiasi secara radical dan melibatkan kawasan yang luas termasuk ketiak dan leher atau pembedahan secara radikal dan membuang payudara termasuk tisu-tisu yang berhampirannya.
  • Stage IV - barah sudah merebak ke banyak tempat. Tujuan rawatan adalah untuk mengelakkan barah cepat merebak. Rawatannya termasuklah radiotherapy, pembedahan pembuangan, penggunakan ubat hormon (contohnya tamoxifen), dan chemotherapy (ubat pembunuh sel kanser - yang boleh juga membunuh sel-sel lain).

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Bagi stage IV ramalannya adalah tidak baik.  Bagi stage I dan II, 70% akan mendapat barah semula. Tetapi jangkawaktu untuk mendapatkannya semula adalah lama - boleh mencapai sehingga 20-30 tahun, jadi ini boleh dianggap seperti 'sembuh'. (anggapkan pesakit berumur 45  tahun, setelah rawatan pesakit pulih beberapa lama dan barah yang kedua adalah ketika umurnya 65-75 tahun!! sedangkan purata hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 70 tahun)

bullet.gif (2533 bytes) Links - Links kepada halaman-halaman barah payudara di seluruh dunia.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved