topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

  Cancer (umum)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Kanser secara keseluruhan adalah penyebab kematian yang utama di dunia. Hampir 20% daripada semua kematian adalah disebabkan oleh berbagai-bagai jenis kanser. Jenis-jenis kanser yang utama adalah:- (halaman yang membincangkan mengenai setiap kanser dibawah akan diusahakan sedikit masa lagi)

  • Kanser payu dara (wanita)
  • Kanser paru-paru (terutamanya lelaki)
  • Kanser usus, kolon dan rectum.
  • Kanser cervix, ovari dan uterus (wanita)
  • Kanser prostate (lelaki)
  • Kanser hati dan pancreas
  • Kanser otak (jarang)
  • Kanser tulang
  • 'Kanser' sel darah putih (leukaemia)

  • Nama lain yang digunakan bagi kanser adalah tumour, barah, carcinoma dan neoplasia. Kanser terbahagi kepada 2 iaitu yang dipanggil malignant (iaitu yang merbahaya, merebak dan selalunya menyebabkan kematian) dan benign (kurang merebak, kerang merbahaya dan jarang menyebabkan kematian). Tetapi perkataan perbualan kanser yang kita gunakan seharian lebih merujuk kepada kanser yang jenis merbahaya/malignant ini.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

    Sel yang terkena kanser akan berubah sifat-sifat normalnya dan menjadi merbahaya. Sel tersebut akan membahagi dan membentuk sel-sel kanser yang baharu dengan kadar yang amat pantas berbanding dengan sel-sel yang lain. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan kod genetik yang terkandung di dalam sel. Perubahan genetik kod ini boleh di sebabkan oleh berbagai-bagai faktor contohnya:-

  • Rangsangan luar - contohnya serangan sesetengah virus.
  • Penyakit keturunan.
  • Disebabkan pancaran radiasi - contohnya mangsa bom atom yang terselamat.
  • Bahan kimia - contohnya bahan kimia didalam rokok.
  • Proses tua.
  • Idiopathic (tidak diketahui punca) - kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui puncanya.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-Tanda (symptoms)

    Secara umumnya pesakit kanser akan kehilangan selera makan, menjadi kurus, lemah, tidak bermaya, kesihatan terganggu dan sebagainya. Tanda tanda yang lebih terperinci adalah seperti sembelit bagi kanser usus besar, batuk berdarah bagi kanser paru-paru, pening kepala (bukan pening kepala biasa) bagi kanser otak dsb.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan terbahagi kepada beberapa jenis:-

  • Pembedahan - untuk membuang bahagian yang terkena kanser. Ini biasanya kanser yang dikesan pada peringkat awal ataupun pertengahan. Bagi kanser yang sudah tenat, pembedahan tidak dapat dilakukan kerana kanser  telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain
  • Rawatan chemotherapy - iaitu menggunakan ubat yang boleh membunuh sel kanser. Masalah utamanya ubat ini juga boleh membunuh sel-sel badan yang sihat. Kebanyakan ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti menyebabkan pesakit meloya-muntah, keguguran rambut dan mandul.
  • Rawatan radiotherapy - Rawatan ini menggunakan pancaran radiasi untuk membunuh sel kanser. Pancaran ini lebih tepat tumpuannya jadi bilangan sel-sel sihat yang akan turut dimusnahkan adalah sedikit. Walaubagaimanapun, pancaran ini sukar dilakukan jika organ yang terkena kanser itu terletak jauh didalam badan.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Secara umumnya kanser sukar diubati. Walaubagaimanapun terdapat jenis-jenis tertentu jikalau dirawat dengan teknik ataupun kombinasi rawatan yang mujarab akan memanjangkan usia pesakit sehingga berbelas-belas tahun. Terdapat juga jenis-jenis yang dapat disembuhkan sepenuhnya terutamanya yang menggunakan radiotherapy.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved