topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Colorectal Cancer (kanser 'usus besar')  

bullet.gif (2533 bytes) Istilah

    Sebelum perbincangan dibuat, beberapa istilah bahagian-bahagian usus perlu dijelaskan. Apabila makanan dimakan dan memasuki perut, laluan seterusnya adalah (mengikut turutan)

    (merah menandakan peratusan colorectal cancer)

  • Perut
  • Usus kecil - duodenum - pangkal usus kecil (jarang)
  • Usus kecil - jejunum - pertengahan (jarang)
  • Usus kecil - ileum - hujung (jarang)
  • Ileocaecal junction - sambungan antara usus kecil dan usus besar.
  • Caecum - pangkal usus besar - organ appendiks berada hampir dengannya.(22%)
  • Colon - usus besar. Dibahagikan kepada bahagian yang menghala ke atas (ascending), bahagian yang mendatar (transverse - 12%) dan bahagian yang menghala kebawah (descending - 30%)
  • Sigmoid colon - bahagian hujung usus besar
  • Rectum - bahagian sebelum lubang dubur. (sigmoid colon dan rectum - 35%)
  • Disebabkan oleh punca-punca yang tidak diketahui, kanser usus kecil amat jarang berlaku. Kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah dipanggil colorectal cancer iaitu cancer yang berlaku pada bahagian-bahagian bermula dari pangkal usus besar (caecum) sehingga kehujung rectum.

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Colorectal cancer adalah kancer yang kedua penting selepas kanser paru-paru di negara barat. Secara perbandingannya, negara-negara timur mempunyai peratus kes yang kecil. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan makanan termasuklah makanan asasi, kandungan fiber, jenis buah-buahan, sayur-sayuran dsg. Ia jarang terjadi pada usia muda.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Seperti biasa punca sebenar kanser tidak diketahui. Bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang meninggikan kecenderungannya.

  • Familial polyposis coli - penyakit keturunan yang jarang berlaku. Kepentingannya adalah ia akan membawa kepada colorectal cancer pada ketika usia sekitar 30-40an. Terdapat ketumbuhan berupa juntaian-juntaian kearah dalam didalam usus besar pesakit. Tanda-tandanya adalah najis/cirit berdarah
  • Ulcerative Colitis - sejenis penyakit inflamasi usus besar yang menyebabkan bahagian dinding dalamnya merah, mengalami kepecahan (ulcer) dan mudah berdarah.
  • Sesetengah pendapat (didebatkan) mengatakan makanan yang mempunyai bahan carcinogenic (bahan perangsang kejadian kanser) contohnya makanan yang disalai, makanan yang dibakar, minuman ringan bergas yang mengandungi struktur kimia benzen (benzene ring) dan lain-lain.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Tanda-tandanya adalah:-

  • Perubahan kekerapan membuang air besar samaada semakin kerap (diarrhoea - cirit) ataupun jarang (constipation - sembelit).
  • Najis berdarah - jikalau darah terlalu sedikit (occult blood), ianya tidak kelihatan dengan mata kasar.
  • Terasa ketulan pejal dibahagian perut jika perut ditekan dengan tangan (abdominal palpation)
  • Intestinal obstruction iaitu usus 'tersumbat'. Ini menyebabkan makanan tidak dapat lalu jadi perut akan  membesar dan menyebabkan kesakitan.
  • Jikalau kanser tersebut sudah merebak ke hati - menyebabkan penyakit kuning (jaundice) dan hati membesar (hepatomegaly).
  • Tanda-tanda umum adalah kekurangan sel darah merah (anaemia), kehilangan berat badan dan tidak berselera makan.

bullet.gif (2533 bytes) Ujian/siasatan (tests/investigations)

  • Ujian untuk mengesan kehadiran darah didalam najis (occult blood)
  • Sigmoidoscopy - memasukkan sejenis alat tiub-kamera untuk melihat di dalam usus besar dibahagian hujung. Ia dimasukkan melalui dubur.
  • Colonoscopy - juga tiub-kamera untuk melihat di bahagian usus yang lebih dalam.
  • Barium enema - sejenis bahan radioaktif tidak merbahaya dimasukkan kedalam usus besar pesakit dan gambar X-ray diambil untuk melihat gambaran usus besar.
  • Laparotomy - dibuat jika sukar untuk mendapatkan kepastian. Ianya adalah pembedahan yang dibuat untuk melihat usus di dalam badan. Ia juga penting untuk memastikan kanser tersebut boleh dibedah-buang ataupun tidak.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan yang paling utama adalah pembedahan pembuangan kanser. Dalam kebanyakan kes, bahagian usus kanser dibuang dan usus disambung semula.

    Jikalau kanser tersebut terlalu hampir dengan dubur, maka penyambungan tidak dapat dilakukan dan usus akan disambungkan ke luar badan pada bahagian hadapan perut (colostomy). Pesakit akan dilekatkan beg pada badannya sebagai takungan najis. Beg ini perlu ditukar apabila penuh.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    40% pesakit boleh hidup melampaui 5 tahun setelah dirawat. Akan tetapi jikalau kanser telah merebak ke hati, jarang sekali pesakit boleh hidup melebihi 2 tahun.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved