topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Liver Cancer (kanser hati)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Kanser yang terjadi pada hati boleh disebabkan oleh 2 punca am yang utama. Yang pertamanya adalah kanser yang berasal dari hati sendiri (primary tumours) dan keduanya kanser yang berasal dari organ-organ lain dan merebak ke hati.

bullet.gif (2533 bytes) Primary Liver Tumour - Kanser yang berasal dari hati

Hepatoma (Hepatocellular Carcinoma) - Adalah kanser hati yang  lambat sedikit membesar dan merebak. Kepentingan kanser ini adalah kerana hampir kesemua puncanya boleh dikenalpasti. Diantara punca/faktor penyebabnya adalah

  • Alcoholic cirrhosis - kerosakan hati yang disebabkan oleh minuman keras. Terutamanya dinnegara-negara barat.
  • Haemochromatosis - penyakit keturunan yang menyebabkan zat/logam besi meresap dan terkumpul di dalam organ-organ (termasuk hati) didalam badan manusia.
  • Chronic Active Hepatitis - inflamasi yang berlaku kepada hati yang berlanjutan beberapa tahun.
  • Bahan bahan carcinogenic (penyebab cancer) yang lain - aflatoxin, racun yang dikeluarkan oleh tumbuhan pada kacang dan bijirin yang sudah lapuk (terutamanya di Afrika), parasites dll.

Cholangiocarcoma - kanser yang berasal dari salur-salur hempedu halus (intrahepatic duct) didalam hati (jarang). Punca tidak diketahui.

bullet.gif (2533 bytes) Secondary Liver Tumour - kanser yang datang/merebak dari organ lain

Contoh organ asal kanser adalah usus, payudara dan paru-paru. Jenis ini selalu terjadi kepada pesakit-pesakit kanser secara umumnya. Sebabnya adalah banyak salur darah (vein) dari organ-organ didalam badan akan melalui hati sebelum pergi ke jantung. Jadi sel-sel kanser mudah merebak melalui jalan ini dari organ asalnya ke hati.

Tanda-tanda

  • Hepatomegaly (hati membesar) dan dapat dirasai dengan tangan jikalau bahagian kanan-atas perut ditekan.
  • Jaundice - sakit kuning
  • Organ hati gagal berfungsi.
  • Salur darah dari hati dan organ lain ke jantung (portal vein) tersumbat/terhalang menyebabkan perut membuncit dengan cecair (ascites) dan pendarahan di bahagian bawah kerongkong (oesophageal varices).
  • Salur darah besar dari bahagian bawah badan ke jantung (inferior vena cava) tersumbat/terhalang menyebabkan kaki membesar dan membengkak (leg oedema).
  • Tanda-tanda lain adalah am seperti keletihan, hilang selera makan, berat badan turun dan sakit dibahagian perut.

Rawatan

Organ hati mempunyai beberapa bahagian (lobe). Jika kanser tersebut berasal dari hati sendiri dan ianya hanya tertumpu pada satu bahagian, ianya boleh dibuang dengan pembedahan (lobectomy). Keistimewaan organ hati adalah ia boleh tumbuh semula setelah di buang sebahagiannya.

Kehadiran kanser di hati yang berasal dari organ lain, secara amnya menunjukkan bahawa kanser hati tersebut (dan kanser organ asal) tidak boleh diubati. Chemotherapy (rawatan ubat pembunuh kanser) mungkin boleh melewatkan kemaraannya beberapa ketika. Biasanya kanser beginilah yang doktor akan memberi ramalan (setelah ditanya oleh pesakit) berapa lama lagi pesakit akan hidup. Ramalan tersebut biasanya sekitar 1 tahun atau kurang.

 

 

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved