topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Prostate Cancer (lelaki)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Prostate adalah organ pada jantina lelaki yang terletak dibawah pundi kencing, iaitu secara kasarnya terletak diantara pundi kencing dan pangkal kemaluan. Tugas prostate adalah mengeluarkan air mazi yang boleh membantu untuk memudahkan proses persenyawaan telur dan sperma.

Walaupun terdapat pesakit yang berumur sekitar 50an, kanser ini kerap berlaku setelah berumur 70an. Kanser ini merebak dengan lambat dan kebanyakan pesakit mati diakibatkan oleh masalah-masalah penyakit lain.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

Seperti biasa punca kanser sukar ditentukan.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs)

Tanda-tanda biasanya disebabkan oleh tekanan oleh kanser kepada organ berhampirannya dan akibat rebakan ke bahagian lain.

  • Tidak boleh membuang air kencing - kanser menghimpit dan menutup salurdari pundi kencing ke kemaluan (urethra).
  • Kanser merebak ke organ lain contohnya:-
        - usus besar - pesakit menjadi sembelit.
        - tulang - kesakitan didalam tulang dan mudah patah (pathological fracture) terutamanya tulang belakang
  • Tiada tanda - kanser dijumpai ketika membuat pemeriksaan kepada pesakit.
  • Tanda-tanda am seperti hilang selera makan, hilang berat badan, kurang sel darah merah (anaemia) dll.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

Jikalau pesakit sudah berumur (70+) kanser ini boleh dibiarkan sahaja. Ini adalah kerana rebakan kanser ini sangat lambat dan ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan yang membebankan pesakit tersebut.

Bagi kes-kes lain, ia boleh dibuang secara pembedahan (prostatectomy). Masalahnya pembedahan ini mempunyai risiko iaitu pendarahan yang banyak dan kemungkinan mati pucuk untuk selama-lamanya.

Kanser ini membesar dibawah kawalan hormon 'lelaki' testosterone. Jadi untuk mengawalnya adalah perlu untuk mengawal pengeluaran hormon ini. Caranya termasuk:-

  • Membuang kedua-dua zakar (orchidectomy) - kerana zakar menghasilkan testosterone.
  • Menggunakan hormon oestrogen yang boleh menyekat penghasilan hormon testosterone
  • Menggunakan hormon LHRH - tindakan akhirnya akan merendahkan penghasilan testosterone.
  • Ubat anti-androgen - contohnya cyperone acetate, menyekat tindakan testosterone di peringkat sel.

Rawatan Radiotherapy - menggunakan pancaran radiasi, jikalau penggunaan hormon tidak berkesan.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

Kanser jenis ini lambat merebak jadi bagi pesakit yang sudah berumur, punca kematian biasanya disebabkan oleh penyakit lain.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved