topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Cholera (taun)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Sejak beberapa kurun yang lalu, wabak taun telah menyerang benua Asia beberapa kali dan membunuh beribu-ribu nyawa. Kadangkala, wabak ini menjadi begitu serius dan menular kebahagian-bahagian lain dunia termasuk Eropah dan Benua Amerika. Kanak-akan dan orang tua menerima akibat yang lebih buruk dari orang dewasa. Jikalau wabak ini tidak disekat, ia boleh menyebabkan kematian sehingga 50% pesakit berbanding dengan 5% jika pesakit dirawat dengan betul.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Puncanya disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Vibrio Cholerae. Bakteria ini terdapat dengan banyaknya pada najis pesakit dan ia boleh berjangkit melalui sumber air yang tercemar (cara utama). Selain dari itu, makanan yang dihinggapi lalat dan sentuhan terus dengan pesakit juga boleh menjadi punca. Ia kebiasaannya berlaku di tempat-tempat yang kotor, rumah rumah setinggan yang rapat-rapat dan sumber air yang tidak terjaga.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Kesan jangkitan ini berubah-ubah daripada yang menyebabkan pesakit muntah dan cirit sedikit sahaja kepada yang boleh menyebabkan pesakit mati dalamasa 24 jam.
    Selalunya terdapat tiga peringkat utama.

    Peringkat 1 - (2-12jam)

      Pesakit tiba-tiba muntah dan sakit perut. Najis pada mulanya kelihatan biasa, tetapi kemudian menjadi kerapkali dan menjadi cair serta kelihatan keruh seperti air beras. Kemudian pesakit akan mengadu kesakitan, pada mulanya pada keempat-empat kaki dan tangan kemudiannya pada bahagian perut. Pesakit juga menjadi amat haus, tidak selesa, suara menjadi kasar dan bebola mata kelihatan terbenam.

    Peringkat 2

      Tanda-tanda diatas menjadi lebih teruk dan kulit pesakit menjadi sejuk, kelihatan biru, kering dan mengecut. Denyutan nadi menjadi lemah dan suara menjadi amat kasar. Pesakit mungkin kekeringan air kencing (tidak kencing untuk beberapa lama). Biasanya pesakit masih lagi dalam keadaan sedarkan diri dan boleh bertutur dengan baik. Tetapi, peringkat ini amat merbahaya kerana kematian boleh berlaku dalamasa beberapa jam atau hari sahaja lagi.

    Peringkat 3

      Walau bagaimanapun, tindakbalas badan boleh berlaku dan boleh menjadikan pesakit semakin sembuh. Dalam peringkat ini, semua tanda-tanda diatas menjadi kurang, pesakit menjadi semakin sihat, tidak lagi muntah atau cirit. Tetapi harus diingati bahawa kuman taun masih belum lagi hilang. Penyakit ini boleh tiba-tiba menyerang semula dengan kadar yang amat pantas dan mengakibatkan maut.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan pencegahan

Apabila wabak taun sudah menular kesesuatu tempat, tempat-tempat yang lain mestilah mengambil langkah berjaga-jaga. Air minum hendaklah dibubuh klorin dan di masak sebelum diminum. Perlu diingatkan bahawa kuman ini boleh hidup pada 100 darjah celcius (seketika) jadi apabila memasak air, biarkan ia menggelegak sehingga beberapa ketika sebelum memadamkan api. Pastikan lalat tidak menghinggapi makanan (termasuk buah yang dikupas) dan elakkan warung-warung yang kelihatan kotor.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan penyembuhan.

Pesakit perlu berehat, minum air yang ditambahkan dengan sedikit garam untuk mengelakkan badan terlalu kering. Pesakit yang tenat perlu dimasukkan air (intravenous infusion). Kadang kadang antibiotik mungkin digunakan untuk membunuh bakteria ini tetapi semakin banyak kes-kes dimana bakteria menjadi kebal.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Jika dirawat hanya 5% kes-kes akan menyebabkan kematian.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved