topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 The common cold (selsema)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Demam selsema amat mudah berjangkit.  Secara purata, setiap orang akan mendapat selsema 2-3 kali setahun. Masalah dengan demam selsema adalah ianya boleh disebabkan oleh sekurang-kurangnya 80 jenis virus yang berlainan dan amat mudah merebak. Ini menyebabkan amat sukar untuk mencipta ubat/vaksin untuk melindungi diri daripadanya. Terdapat jenis 'demam selsema' yang lebih serius iaitu dipanggil influenza dimana pesakit mendapat tanda-tanda seperti selsema tetapi lebih teruk, disamping demam dan sengal-sengal otot diseluruh badan.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Disebabkan oleh virus terutamanya dari jenis yang dipanggil rhinovirus. Cara jangkitannya adalah terkena bersin dari pesakit ataupun terpegang barangan pesakit (atau bersalam) yang kemudiannya menyebabkan virus ini masuk kedalam badan.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Hidung tersumbat dan berair (akhirnya menjadi pekat dan berwarna hijau-coklat), batuk,   bersin, mata berair dan sakit tekak.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Sebenarnya ubat-ubatan (antibiotik)  tidak boleh membunuh virus ini. Ubat batuk hanya boleh mengurangkan  batuk yang teruk, ubat demam akan menurunkan suhu badan manakala ubat-ubatan yang lain boleh mengurangkan kahak.  Kerap membasuh tangan mungkin berkesan untuk mengelakkan jangkitannya jika kita selalu berhampiran dengan pesakit.

    Pemakanan yang cukup, vitamin, air minum yang cukup dan berehat boleh membantu antibodi badan melawan virus ini.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Biasanya ia akan hilang dalamasa 3-7 hari. Kanak-kanak (6%) boleh mendapat jangkitan didalam telinga (otitis media), jangkitan paru-paru (pneumonia), ataupun sejenis sawan sementara yang tidak merbahaya (febrile convulsion).

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved