Make your own free website on Tripod.com

topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
http://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Contraception (mencegah hamil)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Mencegah hamil dilakukan apabila sesuatu pasangan belum bersedia untuk mendapatkan anak, ingin menjarakkan umur anak yang bakal dilahirkan ataupun dilakukan atas nasihat doktor bagi pasangan yang mempunyai ramai anak.Terdapat berbagai-bagai cara untuk melakukannya dan kesesuaiannya bergantung kepada banyak faktor. Diantara faktor faktornya adalah umur, kesanggupan menggunakannya, keadaan fizikal pengguna dan perbezaan kepercayaan agama pengguna.

bullet.gif (2533 bytes) Teknik-teknik mencegah hamil

Terdapat berbagai-bagai cara mencegah kehamilan:-

  • Kondom
  • Diaphragm / cap - penghalang yang digunakan oleh wanita
  • Coitus Interruptus - kaedah mengeluarkan zakar sebelum pancutan
  • Kaedah ' waktu selamat' - melakukan persetubuhan diwaktu 'selamat'
  • Spermicidal - menggunakan bahan pembunuh sperma.
  • IUCD / coil - Intra Uterine Contraceptive Device
  • Hormonal pill - pil perancang keluarga
  • Sterilisation - kaedah 'mengikat'

 

horzline.gif (1534 bytes)

bullet.gif (2533 bytes) Kondom

Amat berkesan jika digunakan dengan spermicide - iaitu sejenis bahan berupa cecair atau krim yang boleh membunuh sperma. Masalahnya adalah terdapat kemungkinan kondom terkoyak contohnya jika terkena kuku tajam ataupun ketika membuka dari bekasnya.

bullet.gif (2533 bytes) Diaphragm / Cap

Menggunakan sejenis getah penghalang yang dimasukkan kedalam faraj sebelum persetubuhan dan menutupi cervix iaitu laluan masuk sperma kedalam rahim. Ianya perlu digunakan dengan spermicide.

bullet.gif (2533 bytes) Coitus Interruptus

Iaitu mengeluarkan zakar sejurus sebelum pancutan berlaku. Kaedah ini tidak berkesan kerana sperma boleh terkeluar dari zakar sebelum pancutan berlaku.

bullet.gif (2533 bytes) Kaedah waktu selamat

(Penerangan terperinci mengenai teknik ini perlu diperolehi dari pakar perancang keluarga)

Waktu 'selamat' adalah waktu dimana wanita tidak mengeluarkan telur. Secara kasarnya jika jarak diantara hari pertama kedatangan haid dan hari pertama haid pada kitaran kedua adalah 28 hari, telur akan dihasilkan oleh wanita pada hari yang ke 14. Maka persetubuhan pada waktu-waktu berjauhan dari hari tersebut adalah selamat. Teknik ini hanya boleh digunakan jika kitaran haid adalah teratur.

Terdapat beberapa cara lain untuk menjangka waktu penghasilan telur iaitu menggunakan teknik mengira suhu badan dan juga menilai keadaan cecair pangkal rahim (cervical mucus). Masalahnya ialah ia memerlukan motivasi dan kesungguhan yang kuat untuk mengamalkannya.

bullet.gif (2533 bytes) Spermicidal

Krim atau jel spermicidal sepatutnya membunuh sperma sebelum ianya sempat memasuki pangkal rahim. Walau bagaimanapun keberkesanannya jika digunakan bersendirian adalah diragukan maka ia biasanya digunakan sebagai tambahan kepada cara lain contohnya digunakan dengan kondom ataupun diaphragm.

bullet.gif (2533 bytes) IUCD - Intra Uterine Contraceptive Device

IUCD adalah alat kecil logam ataupun plastik yang dimasukkan dan ditinggalkan didalam rahim wanita. Sekali ia dipasang ia boleh dibiarkan selama 3 hingga 5 tahun. Sperma masih boleh bersenyawa dengan telur tetapi kepentingan alat ini adalah ia menghalang hasil persenyawaan tersebut dari melekat pada dinding rahim maka kehamilan dapat dielakkan.

Jikalau tiada apa-apa masalah kepada pengguna, ianya amat menyenangkan pasangan yang tidak mahukan penghamilan kerana ia hanya perlu ditukar setiap 3 sehingga 5 tahun. Walau bagaimanapun, ianya mempunyai beberapa kemungkinan masalah. Diantaranya:-

  • IUCD terkeluar dari rahim (expulsion) - ini biasa terjadi pada bulan-bulan pertama. Masalahnya adalah 20% daripada kes berlaku tanpa disedari maka pengguna boleh menjadi hamil.
  • Kemungkinan IUCD menusuk kedalam tisu rahim dan mengakibatkan kesakitan
  • Ketika kedatangan haid, pendarahan dan kesakitan mungkin akan bertambah.
  • Risiko jangkitan kuman dalam rahim adalah lebih tinggi.
  • Kemungkinan terjadi kehamilan diluar rahim (ectopic pregnancy)

bullet.gif (2533 bytes) Pil perancang keluarga

Umumnya terdapat 2 jenis:-

  • Pil kombinasi Oestrogen dan Progestrone (majoriti).
  • Pil Progesterone sahaja.

Selain dari itu terdapat jenis hormon jangka panjang yang boleh di suntik kedalam otot (intramuscular) yang dinamakan medroxyprogestrone.

Perbincangan tentang pil perancang keluarga adalah panjang dan akan dibuat dibawah tajuknya sendiri sedikit masa lagi.

bullet.gif (2533 bytes) Sterilisation

Pembedahan kecil untuk lelaki (vasectomy) ataupun kaedah endoscopic surgery (wanita) dibuat untuk 'mengikat' organ-organ yang berkenaan. Bagi vasectomy, pembedahan tersebut adalah amat ringkas dan mudah.

Bagi wanita pula endoscopic surgery adalah cara dimana 3 keratan kecil sebesar 1.5 cm dibuat pada bahagian bawah perut dan sejenis alat berupa tiub digunakan untuk mengikat salur peranakan (fallopian tiub).

Masalah dengan kaedah ini adalah ianya sukar diubah semula (reverse) jikalau pasangan tersebut bertukar fikiran dan kembali inginkan anak. Maka keputusan untuk membuatnya mestilah dibuat setelah perbincangan yang panjang dan dipersetujui oleh kesemua pihak.

Penerangan lanjut tentang sterilisation akan dibuat dibawah tajuknya sendiri sedikit masa lagi.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved