topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Virus Coxsakie  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Virus ini mendapat nama dari  kampung Coxsakie di Amerika Syarikat dimana ianya mula dijumpai. Terdapat 2 kumpulan utama iaitu kempulan A dan B.

    Virus Coxsakie A boleh menyebabkan penyakit kuku tangan, kuku kaki dan mulut. Ia juga boleh menyebabkan sakit herpangina iaitu demam disertai pecah kulit dibahagian dalam mulut di bahagian belakang.

    Virus Coxsakie B boleh menyerang selaput otak menyebabkan penyakit yang dinamakan meningitis. Virus B lebih merbahaya daripada virus A.

    Selain dari itu, virus-virus ini boleh juga menyebabkan selsema, sakit kerongkong, penyakit Bornholm disease (pening kepala, demam, kesakitan tiba-tiba pada tulang-tulang di dada), keratoconjunctivitis (mata berair, gatal, merah dan sakit), dan juga penyakit viral pericarditis (jangkitan virus pada selaput jantung, penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak, biasanya bertahan selama 2 minggu kemudian sembuh, tetapi ada juga kes-kes yang menyebabkan kematian (seperti di Sabah/Sarawak baru-baru ini).

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs) serangan virus Coxsakie.

    Penyakit kuku kaki, tangan dan mulut.

      Biasanya menyerang kanak-kanak. Gelembung berair (blisters) terbentuk pada kulit tangan, kaki, dan dalam mulut.

    Penyakit viral pericarditis.

      Selalunya simptom bermula dengan simptom penyakit kuku dan mulut, selsema. Simptom yang lain ialah  pening kepala-loya, cardiogenic shock (merbahaya - berpeluh, pucat-biru, tangan berpeluh, rasa tidak senang, tidak dapat berfikir, didalam keadaan kekeliruan, tekanan darah turun tiba-tiba, pitam).
      Jika dilihat pada X-ray, paru-paru kelihatan berair (pulmonary oedema).

      Kebiasaannya tidak merbahaya bagi orang dewasa, tetapi sekali-sekala ia boleh menyebabkan kematian terutama kepada kanak-kanak. Jikalau berlaku pada bayi, kadar kematiannya adalah lebih tinggi.

      Cara ianya berjangkit ialah secara terus iaitu terkena secara lansung atau tidak langsung kepada najis pesakit, bersin, batuk dan  kahak dari pesakit. Kanak-kanak dinasihati tidak keluar rumah di tempat-tempat yang diserang wabak ini.
       

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

    Menggunakan sejenis antibodi (immunoglobulin) dan rawatan berdasarkan simptom.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved