topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Chicken Pox (demam campak)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Demam campak adalah penyakit berjangkit yang boleh menyerang semua peringkat umur, tetapi lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

    Ianya disebabkan oleh virus yang dinamakan varicella zoster. Virus ini amat mudah berjangkit dan jangkitan kali pertama merangsang badan membuat antibodi yang berkesan melindungi badan dari jangkitan kedua.

    Walaubagaimanapun, setelah sembuh dari sakit, virus ini akan duduk diam di dalam urat saraf (dorsal root ganglion) pesakit dan boleh kembali semula beberapa tahun kemudiannya untuk menjelma sebagai virus herpes zoster (penyakit itu juga dinamakan shingles, tanda-tandanya demam, timbul kudis-biji berair pada badan - meliputi kawasan yang jelas - seolah-olah dilukis, contohnya sekeliling tulang rusuk keenam, dan menyebabkan kesakitan)
     

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-Tanda (symptoms)

    Biasanya pesakit akan demam, kadang-kadang menggeletar, muntah dan sakit di bahagian belakang badan dan kaki. Pada masa yang sama biji-biji kemerahan halus tumbuh pada seluruh badan. Biji-biji ini membesar, berisi cecair jernih dan gatal. Biji-biji kudis ini boleh menjadi bernanah terutamanya jikalau digaru. Kadang-kadang mata pesakit boleh dijangkiti dan menyebabkannya merah, berair dan kabur penglihatan.

    Biji berair ini akan bererusan selama 2-3 hari dan kemudiannya akan pecah. Setelah pecah ia akan menjadi kering, sembuh, mengelupas dan seterusnya meninggalkan parut. Setelah 7-10 hari pesakit akan sembuh sepenuhnya.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Terdapat  ubat untuk membunuh virus (acyclovir) tetapi kemujarabannya dipertikaikan. Tidak terdapat ubat untuk mengelakkan biji-biji berair daripada timbul. Krim sapuan boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan. Pesakit perlu diasingkan dari kanak-kanak terutamanya yang belum pernah kena demam campak.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Penyakit ini amat jarang menyebabkan akibat yang serius (contohnya lumpuh). Terdapat pesakit (terutamanya yang berumur) yang mengalami kesakitan-sengal-sengal badan untuk beberapa bulan setelah sembuh.

     

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved