topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Diabetes Mellitus (kencing manis)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Kencing manis (Diabetes Mellitus) adalah penyakit dimana pesakit mempunyai paras gula (glucose) yang tinggi di dalam darah dan  parasnya meningkat di dalam air kencing.

    Dalam keadaan normal, paras gula dikawal oleh sejenis hormon yang dipanggil insulin.Insulin dihasilkan oleh sejenis organ endokrin yang dinamakan pancreas. Bagi pesakit diabetes, organ endokrinnya tidak menghasilkan insulin dengan sempurna dan jikalau ianya dihasilkan, ianya tidak berfungsi dengan baik.

    Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis:-

      1. Insulin Dependent Diabetes Mellitus  (IDDM)
      2. Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)

bullet.gif (2533 bytes) 1. Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)

    Ia biasanya berlaku pada peringkat kanak-kanak lagi. Ianya disebabkan oleh kekurangan penghasilan insulin yang serius. Terdapat pesakit yang organ endokrinnya langsung tidak mengeluarkan insulin. Pesakit ini perlu bergantung kepada hormon insulin gantian untuk seumur hidupnya.

    Punca

      Ianya disebabkan oleh reaksi autoimmune. Maksudnya antibodi didalam badan yang sepatutnya menyerang kuman dari luar badan kini menyerang sel-sel dalam badan sendiri dan membunuhnya. Dalam kes ini, sel yang diserang adalah sel pengeluar insulin di dalam organ pancreas.Mengapa ia berlaku adalah tidak diketahui

      Ianya mempunyai kaitan keturunan tetapi peratusannya tidak besar. Keluarga dan saudara-mara pesakit mempunyai 2% kecenderungan untuk menghidapinya.
       

bullet.gif (2533 bytes) 2. Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)

    Biasanya pesakit berumur >40 tahun dan berat badan berlebihan. Pengeluaran insulin masih berjalan, tetapi tidak sepenuhnya.

    Punca

      Ianya bukan disebabkan oleh serangan autoimmune. Kaitan kekeluargaan adalah lebih kuat dimana 35% keluarga/saudara-mara akan menghidapinya pada satu masa di dalam hidup mereka. Biasanya pesakit mempunyai insulin tetapi badan tidak menunjukkan reaksi yang betul terhadapnya. Pesakit tidak semestinya perlukan insulin gantian sebagai rawatan utama.
      Pesakit biasanya mempunyai cara hidup berada/mewah.
       

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (IDDM dan NIDDM)

  • Berat badan turun
  • Selalu terasa dahaga.
  • Selalu membuang air kecil, kadang kadang pesakit terpaksa bangun beberapa kali pada malam hari untuk ketandas.
  • Bagi pesakit yang mencapai keadaan diabetic ketoacidosis (IDDM) iaitu satu keadaan yang kritikal, tanda-tandanya adalah pesakit kelihatan tidak sihat, bernafas dengan kencang dan dalam (kussmaul respiration) dan nafas berbau bahan kimia ketones. Pesakit juga terasa meloya, muntah dan mendapat kesakitan di bahagian perut.
  • Keletihan, mudah mendapat jangkitan kuman, dll

bullet.gif (2533 bytes) Komplikasi

    Masalah diabetes yang lebih utama adalah kerosakan kepada organ-organ lain. Ini terutamanya bagi mereka yang telah lama menghidapi penyakit ini. Contoh kerosakan ialah:-

  • Kerosakan mata (retinopathy) - salur-salur darah baru tumbuh pada mata dan cecair yang terkumpul (oedema) akhirnya boleh menyebabkan kebutaan.
  • Kerosakan urat saraf (polyneuropathy) terutamanya pada hujung kaki dan tangan.
  • Kerosakan salur darah yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Ia boleh menyebabkan kematian sel-sel ataupun bahagian hujung badan terutamanya pada hujung kaki. Pada mulanya kaki terasa kebas dan sengal lama kelamaan ianya akan mati. Bahagian yang mati akan kelihatan hitam, berkudis dan perlu dipotong.
  • Jangkitan kuman pada kulit (gatal)
  • Mati pucuk.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

    Pesakit perlu menjaga makanannya iaitu mengurangkan segala jenis penggunaan gula. Pengambilan makanan-makanan lain juga perlulah dengan kadar yang berpatutan. Ubat-ubatan yang boleh digunakan ialah:-

  • Hormon insulin secara injeksi - bagi IDDM
  • Ubat untuk meningkatkan pengeluaran insulin dan menambah keberkesanannya seterusnya menurunkan paras gula dalam darah (sulphonylureas-tolbutamide). Terdapat kesan sampingan contohnya menyebabkan kadar gula terlalu rendah..
  • Ubat yang mengurangkan penyerapan gula dari usus (biguanides - metformin)

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Walaupun terdapat  komplikasi akibat dari diabetes, pesakit biasanya hidup sehingga ke usia tua. Hanya pesakit yang tidak menjaga paras gula dalam darahnya  mungkin terdedah kepada sakit jantung yang boleh membawa maut.
     

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved