topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Down's Syndrome

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Ia adalah penyakit yang menyebabkan pesakitnya terencat akal dan mempunyai sejenis rupa 'moon face' yang boleh dikenalpasti. Puncanya adalah kerana kesalahan genetik pesakit.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

Didalam badan manusia terdapat beribu juta sel-sel yang membentuk tisu badan. Didalam sel-sel inilah terdapatnya kod genetik yang terkandung didalam struktur yang dinamakan chromosom. Pada manusia biasa terdapat 23 pasang chromosom. Oleh kerana chromosom adalah berpasangan, jikalau dikira, jumlah chromosom yang sebenar adalah 46. Bagi pesakit Down's syndrome, 95 % mereka mempunyai 47 chromosom. manakala 5% lagi mempunyai kesalahan genetik yang lain.

Punca yang menyebabkan mereka mempunyai kesalahan genetik tidak diketahui. Tetapi ianya lebih kerap terjadi kepada ibu-ibu yang sedikit dewasa. Secara keseluruhan 70% pesakit dilahirkan oleh ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas. Statistik menunjukkan kemungkinan untuk mendapat bayi Down's Syndrome adalah 1 dalam 60 bagi ibu yang berumur lebih 45 tahun dan bagi ibu yang berumur kurang dari 30 tahun kemungkinannya adalah kecil iaitu kurang dari 1 dalam 1000.

Ibu-ibu muda yang pernah melahirkan bayi Down's mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk melahirkannya untuk kali yang seterusnya. Adalah baik untuk berjumpa dengan pakar genetik untuk membincangkan tentang kehamilan seterusnya. Diantara isu yang disentuh adalah kebarangkalian untuk mendapatkan bayi Down's  dan kemungkinan melakukan ujian keatas kandungan untuk menentukan keadaan genetik bayi tersebut.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

Pesakit Down's mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenalpasti. Kepalanya kecil dan bulat, hidung rendah, mata sedikit sepet, dan tulang pipinya tinggi. Lidah mereka besar, kaki dan tangan mereka pendek dan berisi. Tapak tangan lebar dan mempunyai hanya satu jalur melintang.

Bagi bayi pula tanda-tanda lain yang jelas adalah muka leper (hidung, mulut, pipi searas jikalau dilihat dari tepi), kulit leher yang berlebihan, bentuk telinga yang ganjil/cacat, apabila didukung terasa amat lembik walaupun usia sudah beberapa bulan, paras telinga rendah (gunakan paras mata bayi sebagai perbandingan), jarak diantara 2 puting dada jauh, jari kecil tangan melengkung kedalam kearah jari manis, jarak luas diantara ibu jari kaki dan jari disebelahnya.

Selain dari itu mereka juga mengalami kecacatan organ didalam badan terutama sekali jantung dan juga kurang tahan terhadap jangkitan penyakit. Kerana itulah ramai yang meninggal dunia ketika masih bayi.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

Paras terencat akal bagi pesakit Down's adalah berbeza-beza. Yang paling baik mungkin bertahan sehingga darjah satu. Mereka akhirnya boleh bertutur dan boleh melakukan kerja-kerja mudah dan boleh menerima arahan yang senang diterima. Walaubagaimanapun amat jarang yang boleh menulis. Secara amnya hampir semua boleh menguruskan dirinya apabila dewasa.
Yang paling tenat terpaksa diuruskan segala-galanya sehingga akhir hayatnya

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved