topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Epilepsy (sawan)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Epilepsi adalah penyakit urat saraf (kebiasaannya didalam otak) yang menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dan mendapat sawan dan jikalau tenat pesakit menjadi  menggelepar tidak sedarkan diri.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Puncanya pelbagai antaranya :-

  • Bagi penyakit yang tidak diketahui puncanya, ianya biasanya di pastikan (diagnosed) ketika kanak-kanak lagi menggunakan carta elecro-encephalogram (sejenis carta yang didapati dengan mengukur aktiviti-aktiviti urat saraf didalam otak).
  • Kanser , pendarahan otak dan jangkitan kuman di otak boleh menyebabkannya.
  • Ganguan komposisi bahan kimia dalam badan (seperti gula, Kalsium, Kalium).

  • Terdapat 3 jenis Epilepsi yang utama:-

  1. le grand mal - iaitu jenis yang boleh menyebabkan pesakit jatuh menggelepar tidak sedarkan diri beserta dengan buih di mulut.
  2. le petit mal - pesakit tidak sedarkan diri, tetapi tidak terjatuh pengsan dan tidak menggelepar atau berbuih mulut. Contoh yang berlaku adalah pesakit yang sedang berbual tiba-tiba terdiam tidak berkata-kata, membuat tenungan kosong dan kelihatan terpinga-pinga. Beberapa ketika kemudian dia  pulih seperti sediakala.
  3. Jacksonian epilepsi - jenis yang menyebabkan sekumpulan kecil sahaja otot (contohnya otot pipi) bergetar. Pesakit biasanya dalam keadaan sedar

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda  - (lebih kepada le grand mal)

    Biasanya sebelum serangan sawan berlaku, terdapat tanda-tanda yang boleh dirasai oleh pesakit (aura). Tanda-tanda ini termasuklah kelihatan cahaya berkelip-kelip seperti flash kamera, ketidakselesaan  pada tubuh badan terutamanya pada perut, terbau sejenis bauan yang ganjil, ternampak sesuatu yang tidak ujud, perasaan menakutkan yang seolah-olah tahu apa yang akan berlaku dan amat biasa dengan keadaan sekeliling (deja vu) dan bermacam-macam lagi.

    Apabila sawan menyerang, pesakit mungkin menjerit seperti didalam ketakutan, jikalau dia sedang berdiri, dia akan terjatuh (boleh menyebabkan kecederaan serius), tidak sedarkan diri, keseluruhan badan menjadi keras (tonic) dan pernafasan terganggu. Ini adalah peringkat pertama sawan dan ianya berakhir dalamasa 30 saat.

    Peringkat kedua ialah peringkat dimana badan menggelepar (muscular spasm), bebola mata berpusing dan gigi akan digetap dengan kuat. Jikalau lidah tergigit sewaktu getapan berlaku ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Pada waktu yang sama, buih-buih (kadang-kadang berdarah) keluar dari mulut. Peringkat ini berakhir dari 30 saat hingga beberapa minit.

    Selepas itu, pesakit akan mulai tenang, tetapi pemikirannya masih dalam keadaan yang kabur dan tidak tentu arah. Pesakit akan kelihatan jelas tidak bermaya, keresahan dan tidak dapat berkata-kata.

    Sawan ini boleh menyerang dengan jarang sekali (beberapa kali seumur hidup) ataupun dengan kerapkali (2 kali sebulan). Terdapat sejenis serangan sawan yang berterusan dalam jangkamasa yang lama, sehingga beberapa jam (status epilepticus) dan keadaan ini amat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

    Apabila sawan berlaku, pemerhati di sekeliling jangan panik. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan. Tujuan sebenar adalah untuk memastikan pesakit tidak tercedera ketika tidak sedarkan diri.

    Apabila pesakit menggelepar, jangan tahan/pegang keseluruhan kaki dan tangannya (setengah orang akan cuba menahannya dari menggelepar), jikalau terdapat kayu gabus ataupun plastik-getah yang tidak begitu keras (biasanya tidak dapat dicari dalam keadaan terdesak), ianya bolehlah digunakan untuk mengelakkan pesakit dari menggigit lidahnya sendiri. Walaubagaimanapun, jika tidak dapat, jangan dipaksa masuk kedalam mulut kerana ini akan menyebabkan kecederaan. Jangan sekali-kali memasukkan jari anda kedalam mulut pesakit. Jikalau pesakit memakai pakaian yang ketat, longgarkannya.

    Ubat-ubatan yang biasa digunakan (anticonvulsant) terdapat pelbagai jenis. Antaranya dipanggil phenytoin, carbamazepine dan sodium valproate. Pemilihan jenis ubat dibuat berdasarkan kesesuaian individu dan ianya sepatutnya oleh doktor yang mahir dalam bidang ini.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved