topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Influenza (flu)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Influenza adalah disebabkan oleh virus dan ianya menyebabkan pesakit demam, hidung tersumbat berair serta kesakitan di sendi-sendi badan (seperti selsema tetapi lebih teruk). Ianya biasanya tersebar ketika cuaca sejuk terutamanya semasa musim hujan dan ditempat-tempat berhawa dingin dan tertutup (contohnya pawagam). Pada waktu-waktu dahulu, terdapat beberapa kejadian dimana wabak flu tersebar hampir keserata dunia pada satu-satu serangan.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

    Ianya disebabkan oleh virus influenza. Terdapat banyak jenis virus ini tetapi yang utamanya adalah jenis A, B dan C. Jenis B biasanya menyebabkan wabak setempat tetapi jenis A adalah lebih ganas dan boleh menyebabkan wabak seluruh dunia.

    Terdapat kesukaran bagi badan kita untuk membuat antibodi terhadap virus-virus ini kerana antibodi untuk melawan virus A tidak boleh melawan virus jenis B dan begitulah seterusnya.
    Satu lagi sifat virus ini adalah ia boleh berubah bentuk. Jadi jikalau bulan ini badan kita membuat antibodi untuk melawan virus A, 6 bulan kemudian ia berubah bentuk menyebabkan antibodi tersebut tidak lagi berkesan terhadap virus yang sama..

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-Tanda (symptoms)

    Tanda-tandanya adalah demam, menggeletar, sakit kepala, keletihan, sakit sendi-sendi badan, batuk, sakit tekak, hidung berhingus dan tersumbat. Kadang-kadang hidung boleh berdarah jikalau terlalu kerap menghembusnya dengan kuat.

    Jikalau terdapat kahak ia biasanya berwarna jernih. Jikalau kahak bertukar menjadi hijau-kuning ia menandakan bahawa paru-paru telah di jangkiti oleh kuman lain biasanya bakteria jenis H influenza dan Strep. pneumonia

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Ini adalah masa yang paling baik untuk mendapatkan MC dari doktor ;-). Pesakit dinasihatkan berehat (baring). Ubat-ubat seperti panadol boleh menghilangkan sakit kepala tetapi tidak akan membunuh virus ini. Rawatan lain bergantung kepada simptom (contohnya ubat batuk, ubat demam untuk menurunkan suhu badan dll.)

    Antibiotik perlu diambil hanya jika paru-paru dijangkiti bakteria kerana antibiotik tidak berupaya untuk membunuh virus.

    Terdapat vaksin untuk virus-virus ini tetapi ianya berkesan kepada hanya 70% pesakit dan ianya cepat lupus kerana virus-virus ini boleh berubah bentuk. Ianya perlu diambil setiap tahun. Keutamaan untuk mengambilnya adalah bagi pesakit-pesakit asthma dan jantung yang tenat (tetapi kita di Malaysia jarang mengetahui tentang vaksin ini dan sukar didapati)

    Biasanya pesakit akan sembuh dalam masa 5-14 hari.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved