topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Gastritis dan Peptic Ulcer (gastriks)  

bullet.gif (2533 bytes) Gastritis

    Gastritis adalah sejenis inflamasi yang berlaku pada dinding dibahagian dalam perut. Seperti mana-mana inflamasi, bahagian tersebut menjadi bengkak, panas, berwarna kemerahan dan menyebabkan kesakitan.

    Punca yang utama adalah disebabkan bakteria jenis H. Pylori. Bakteria ini biasanya masuk kedalam badan ketika kanak-kanak terutama jika kawasan perumahan/perkampungan itu kotor. Sebab-sebab yang lain ialah penyakit autoimmune dan sesetengah ubat seperti aspirin. Pesakit merasa seperti makanan tidak hadam, tidak selesa dan sakit dibahagian perut dan muntah-muntah.

    Tidak ada rawatan yang khas melainkan mengelakkan punca-punca penyakit jika diketahui. Jikalau ianya kerapkali berlaku dan pesakit juga mendapat penyakit peptic ulcer (lihat bawah), antibiotik boleh digunakan untuk membunuh bakteria ini.

bullet.gif (2533 bytes) Peptic Ulcer

    Apabila seseorang itu tidak berpuasa dan alasannya adalah gastrik, maksud sebenarnya adalah penyakit jenis peptic ulcer.

    Peptic ulcer adalah kepecahan kulit dinding yang  berlaku pada dalam perut (gastric ulcer) ataupun pada bahagian usus berdekatan dengan perut (duodenal ulcer).

    Duodenal ulcer lebih kerap berlaku berbanding dengan gastric ulcer. Kedua-dua jenis penyakit lebih menyerang kaum lelaki dan hampir 10% manusia akan mengalaminya pada satu-satu masa.

    bullet.gif (2533 bytes) Punca
    Ianya adalah gabungan beberapa faktor:-

  • Punca genetik iaitu kecenderungan semulajadi sesetengah keturunan untuk mendapat penyakit ini.
  • Jangkitan bakteria H. Pylori.
  • Ketidakseimbangan asid dan bahan-bahan kimia lain didalam perut.
  • Dinding perut yang yang tidak tahan.

  • bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda

  • Perut tidak selesa, sebu dan terasa seperti makanan tidak hadam.
  • Kesakitan pada bahagian perut dan boleh menular ke bahagian belakang badan. Kesakitan berlaku pada waktu malam atau ketika perut lapar dan hilang apabila sedikit makanan diambil.
  • Kadang-kadang meloya dan termuntah.
  • Mulut mengeluarkan air liur yang berlabihan (waterbrash)
  • Jikalau berlaku pendarahan didalam perut, najis akan kelihatan hitam dan berbau hapak.

  • bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

  • Jika ianya disebabkan oleh bakteria H. Pylori, bakteria ini perlu dihapuskan dengan antibiotik.
  • Ubat untuk mengurangkan pengeluaran asid di dalam perut. (H2 antagonist-ranitidine, protein pump inhibitor-omeprazole, prostaglandin analogue-misoprostol)
  • Ubat yang melindungi dinding perut dari mudah pecah (sucralfate).

Merokok boleh menyebabkan keadaan ini menjadi tenat, jadi jikalau pesakit merokok, adalah wajar untuk mula mengurangkannya dan akhirnya berhenti. Satu ketika dahulu terdapat pembedahan untuk membuang sebahagian dari perut (partial gastrectomy) tetapi kini dengan rawatan ubat-ubatan moden ianya tidak diperlukan.

Bagi pesakit yang serius, adalah perlu bagi pakar untuk melihat ke dalam perut menggunakan sejenis alat yang dinamakan endoscope untuk memastikan tidak berlaku pendarahan. Teknik-teknik lain (barium meal) mungkin  juga digunakan bergantung kepada keadaan.

    bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

Bagi sesetengah pesakit yang disebabkan oleh bakteria H. Pylori, antibiotik yang digunakan boleh menyembuhkan pesakit dengan sempurna. Terdapat ramai pesakit yang telah mengidap sakit ini bertahun-tahun lamanya dan setelah diberi antibiotik, mereka benar-benar pulih seperti biasa.

       

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved