topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Gout  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Gout adalah sejenis penyakit dimana sendi-sendi pesakit menjadi bengkak dan kesakitan. Ianya disebabkan oleh terbentuknya ketulan kristal halus asid urik (uric asid crystal) didalam sendi.  Ia biasanya menyerang kaum lelaki (95%). Bagi wanita pula, ia mungkin berlaku setelah keputusan haid.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Punca yang menyebabkan terbentuknya kristal asid urik ini tidak diketahui dengan jelas. Asid Urik adalah bahan akhir yang terbentuk setelah protein yang dimakan dihadamkan oleh badan. Badan biasanya menghasilkan sejumlah urik asid terutamanya daripada sejenis bahan kimia didalam badan yang dinamakan purine dan ianya akan dibuang melalui air kencing.

    Tetapi bagi pesakit gout, penghasilan asid urik jauh lebih banyak dari biasa dan buah pinggang mempunyai masalah untuk membuangnya lalu  terbentuk pada sendi-sendi badan. 33% pesakit mempunyai kaitan keturunan dan selalunya pesakit berumur lebih dari 40 tahun. Cara hidup yang lembab (tidak banyak gerakan aktif) juga boleh menjadi faktor tambahan.

    Terdapat juga pesakit yang mempunyai paras asid urik yang agak tinggi tetapi ianya tidak membawa apa-apa masalah. Tetapi apabila berlakunya beberapa faktor tambahan, pesakin akan mula mendapat simptom. Contoh faktor-faktor itu ialah:-

  • Pembedahan
  • Kekebuluran
  • Makanan yang berlebihan terutamanya yang mengandungi protin (daging) dan purine (ikan berminyak, organ dalaman binatang).
  • Sesetengah ubat (contohnya ubat pesakit buah pinggang)

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Serangan gout boleh menjadi dengan tiba-tiba. Pesakit kelihatan biasa sebelum tidur tetapi terkejut di tengah malam disebabkan oleh kesakitan. Sendi yang terlibat akan menjadi merah, panas, bengkak dan amat sakit. Serangan ini boleh berlanjutan sehingga seminggu.

    Pada peringkat yang lebih serius, ketulan keras mungkin terbentuk pada kulit berhampiran dengan sendi. Ketulan ini boleh disebabkan oleh asid urik yang telah keras dan melekat pada tulang sendi. Pergerakan sendi kaki dan tangan juga boleh tersekat (contohnya tidak boleh meluruskan atau membengkokkan tangan dengan sepenuhnya).

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Ubat yang digunakan boleh mengurangkan kesakitan dan mengelakkannya menjadi serius. Contoh ubat yang digunakan adalah indomethacin dan colchicine (penghalang inflamasi) dan allopurinol (menyekat enzim yang menyebabkan terbentuknya urik asid).

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved