topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Headache (pening kepala)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Hampir semua manusia pernah mengalami sakit kepala. Sakit kepala adalah terlalu umum dan majoritinya tidak lebih daripada sakit kepala biasa. Walau bagaimanapun sesetengah jenis sakit kepala disebabkan oleh penyakit yang serius dan ini perlu dibezakan dengan sakit kepala biasa.

bullet.gif (2533 bytes) Sakit kepala biasa (tension headache)

    Punca

    Punca sebenarnya tidak diketahui. Otak sebenarnya tidak mempunyai deria oleh itu ia tidak boleh merasa sakit tetapi salur darah didalam otak boleh. Teori yang diterima umum adalah salur darah ini di rangsang oleh sesuatu untuk mengembang dan menyebabkan kesakitan.

    Ia biasanya dikaitkan dengan faktor-faktor seperti stress, kebimbangan, keresahan, keletihan mental terutamanya setelah penat bekerja, disebabkan oleh gangguan bunyi, terkena hujan panas atau terhidu bau asap kenderaan.
    Biasanya pekerja kolar biru jarang mendapat sakit kepala jadi ianya mempunyai kaitan yang kuat dengan kerja-kerja yang memerlukan tumpuan pemikiran.

    Tanda-tanda

    Pesakit akan kesakitan dibahagian kepala, biasanya di kedua-dua belah, berlaku antara beberapa jam sehingga sepanjang hari dan kadang-kala kulit kepala terasa sakit apabila disentuh.

    Migraine juga boleh menyebabkan tanda-tanda yang serupa.

    Rawatan

    Rawatan pencegahan adalah yang terbaik jikalau puncanya dapat dikenalpasti. Contohnya elakkan dari terkena hujan panas.

     

    Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah paracetamol (panadol) dan aspirin. Pastikan anda tidak mengambil sukatan yang berlebihan dan tidak menggunakannya terlampau kerap. Ini kerana badan boleh menjadi lali dan sukatan yang lebih tinggi akan diperlukan untuk menyembuhkannya. Bagi sesetengah pesakit, tidur boleh menghilangkannya.

bullet.gif (2533 bytes) Jenis-jenis sakit kepala lain.

    Jika sakit kepala anda lain sedikit daripada biasa dan seperti keadaan dibawah, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

  • Sakit di kedua-dua belah kepala (lebih teruk dari biasa), disertai dengan rasa pening-pitam-loya, demam, tengkok menjadi keras,  ataupun sukar digerakkan - boleh disebabkan oleh meningitis, jangkitan kuman pada otak, dan pendarahan otak (selepas jatuh dan kepala terhentak kuat).
  • Sakit di sebelah kepala dan selalu berlaku pada bahagian yang sama (kiri atau kanan), sakit datang tiba-tiba, lebih berpusat kepada sebelah mata, dan menyebabkan mata berair dan bengkak - boleh disebabkan oleh sejenis penyakit yang dinamakan migrainous neuralgia. Jumpa doktor untuk mendapatkan ubat.
  • Sakit kepala, bahagian sisi kepala (berhampiran atas-kanan telinga) terasa keras, dan sakit serta kesakitan pada rahang - boleh disebabkan oleh giant cell arteritis.
  • Sakit kepala yang terjadi apabila bangun dari tidur, sakit semakin kuat jika terbatuk atau terbersin,  muntah-loya-pening - mungkin disebabkan oleh tekanan  di dalam otak yang tinggi (raised intracranial pressure).

bullet.gif (2533 bytes) Links - Links kepada halaman headache diserata dunia 

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved