Make your own free website on Tripod.com

topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
http://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Haemorrhoids (buasir)

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Haemorrhoids (buasir) adalah penyakit yang menyebabkan pendarahan di bahagian dubur ketika membuang air besar, menyebabkan kegatalan dan kesakitan. Haemorrhoids yang berlanjutan untuk jangkamasa yang lama  akan menyebabkan bahagian dalam 'dubur' terkeluar (prolapse).

Penyakit ini adalah amat umum tetapi kebanyakannya kes-kes kecil yang tidak memberikan masalah kepada pesakit. Dinegara-negara barat hampir 50% penduduk pernah mengalaminya dalam seumur hidupnya.

Nama lain bagi haemorrhoids adalah piles.

bullet.gif (2533 bytes) Jenis-jenis haemorrhoids

Haemorrhoids disebabkan berlakunya pembesaran berlebihan kepada salur darah (venous plexuses) di bahagian dubur. Pembesaran ini membentuk 'juntaian' di bahagian dalam dubur. Juntaian ini terbahagi kepada tiga.

  • First degree haemorrhoids - juntaian tersebut berada di dalam dubur dan tidak akan terkeluar.
  • Second degree haemorrhoids - juntaian tersebut agak besar dan terkeluar semasa membuang air besar, tetapi masuk semula kedalam selepasnya.
  • Third degree haemorrhoids - juntaian tersebut sentiasa terkeluar dari dubur dan perlu dimasukkan semula dengan jari.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

Haemorrhoids dikaitkan dengan diet yang kekurangan fiber. Kes-kes haemorrhoids sangat berkurangan di negara-negara mundur dimana panduduknya tidak mengambil makanan yang sudah diproses. Kekurangan fiber menyebabkan najis menjadi keras dan mengakibatkan sembelit.

Selain dari itu, salur darah (venous plexuses) di bahagian dubur membesar disebabkan oleh kenaikan didalam tekanan darah pada bahagian tersebut. Kenaikan tekanan boleh disebabkan oleh:-

  • Pesakit tekanan darah tinggi
  • 'Meneran' dengan kuat dan lama (sambil menahan nafas) ketika membuang air besar terutama ketika sembelit.
  • Banyak mengangkat barang-barang berat.
  • Ketika mengandungkan anak
  • Terdapat laporan (didebatkan) mengatakan posisi ketika membuang air besar secara tandas duduk akan meninggikan risiko berbanding dengan tandas cangkung.

Sebab-sebab lain adalah sebab keturunan, jangkitan kuman dan inflamasi pada bahagian hujung usus..

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs)

Simptom boleh datang secara terputus-putus, iaitu ia terjadi beberapa hari atau minggu, 'sembuh' untuk beberapa ketika dan kemudiannya timbul semula. Simptom biasanya didahulukan dengan keadaan sembelit.

  • Berdarah dan kesakitan ketika membuang air besar.
  • Haemorrhoids dibahagian dubur terkeluar.
  • Terasa pedih dan kegatalan di sekeliling dubur.
  • Haemorhoid yang pecah (rupture) ataupun kejadian darah beku padanya boleh menyebabkan otot sekeliling dubur mengecut dengan tiba-tiba tanpa kawalan (spasm).
  • Pesakit yang sudah lama kehilangan darahboleh mendapat penyakit kekurangan sel darah merah (anaemia)

bullet.gif (2533 bytes) Pemeriksaan

Sejenis alat berupa tiub yang dinamakan proctoscopy dimasukkan kedalam dubur untuk melihat haemorrhoids jika ianya tidak kelihatan dari luar. Jikalau pesakit sudah kehilangan darah untuk beberapa lama dan  terdapat tanda-tanda penyakit lain, sejenis alat dinamakan sigmoidoscopy digunakan (boleh melihat lebih jauh kedalam). Ini adalah penting untuk memastikan tiada penyakit lain yang lebih merbahaya contohnya barah usus.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

Secara amnya semua pesakit digalakkan memakan makanan yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan minum air dengan secukupnya. Pesakit juga di galakkan menyingkatkan masa berada didalam tandas dan mengelakkan meneran dengan kuat. Selain itu, pesakit digalakkan membuang air besar sebaik sahaja terasa demikian dan tidak menangguhkan masa. Krim-krim steroid boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.

Jika simptom berlanjutan, dan bagi haemorrhoids peringkat 1 dan 2, ianya boleh dirawat dengan menyuntikkan sejenis cecair kepadanya. Cecair ini (irritant) menyebabkan tisu dibahagian itu mengeras dan mengakibatkannya mengecut.

Cara lain adalah dengan 'mencerut' juntaian haemorrhoids itu menggunakan sejenis getah gelang dan sejenis 'alat pencerut'. Ini juga menyebabkan ia menjadi kecut. Bagi kes-kes yang lebih teruk, iaitu  haemorrhoids peringkat ketiga, ianya boleh dibuang secara pembedahan (haemorrhoidectomy)

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (prognosis)

Jikalau nasihat-nasihat untuk mengelakkan haemorrhoids (makanan berfiber dll.) diatas tidak diikuti, ianya boleh terjadi semula kepada pesakit.

 

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved