topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Hypertension (tekanan darah tinggi)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi (selepas ini akan dirujuk sebagai TDT) iaitu jenis yang merbahaya (malignant hypertension - 5%) dan jenis yang kurang merbahaya (essential hypertension - 95%). Tekanan darah diukur dengan sejenis alat yang dipanggil sphygmomanometer. Anda pasti pernah melihatnya ketika membuat medical check-up.

    Paras tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80. Pesakit TDT biasanya mempunyai tekanan darah sekitar 150/95 secara berterusan. Maksudnya pesakit mempunyai ukuran tinggi sebegini setiap kali tekanan darah diambil (dalam jangkamasa beberapa bulan). Walaupun tekanan darah boleh naik secara tiba-tiba bagi orang biasa disebabkan oleh faktor-faktor luaran (takut hospital, darah gemuruh, takut nurse). Situasi sebegini tidak didefinisikan sebagai mengidap TDT.
     

    bullet.gif (2533 bytes) Tekanan Darah Tinggi yang kurang merbahaya (Essential Hypertension).

    Punca sebenarnya masih kabur dan terdapat berbagai-bagai pendapat - Contohnya salur darah menjadi tebal, keras dan sempit di sesetengah bahagian (arterioscelerosis). Ini menyebabkan badan menaikkan tekanan untuk memastikan peredaran darah yang sempurna. Pendapat lain mengatakan ia disebabkan salur-salur darah kecil diseluruh badan mengecut. Tetapi yang pastinya ia berkait rapat denga faktor-faktor seperti:-

  • genetik - sesetengah keturunan lebih mudah mendapatnya.
  • gemuk
  • pengambilan garam berlebihan
  • peminum arak
  • umur >40 tahun.
  • lelaki lebih mudah mendapatnya daripada wanita.
  • bangsa Eropah/barat lebih mudah terkena.

Tanda-tanda - Kadang-kadang pesakit tidak mempunyai apa-apa tanda (ianya dikesan ketika medical check-up). Tanda tanda yang mungkin timbul ialah sakit kepala, telinga berdesing, dan pening-loya. Sakit kepala biasa terasa di bahagian belakang kepala, teruk ketika mula bangun pagi, kemudian pulih tetapi datang semula pada waktu malam. Bagi pesakit yang telah lama mengidapinya dan tidak dirawat, tanda-tandanya adalah akibat dari kerosakan jantung (mudah lelah/penat, dll), stroke, penyakit buah pinggang (muka dan badan bengkak, dll).

Rawatan - Oleh kerana punca sebenar masih belum diketahui, tidal ada rawatan terperinci untuk mengubatinya. Pesakit mestilah berusaha mengurangkan berat badan, kurangkan garam terutamanya ikan masin, bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Terdapat pelbagai jenis ubat untuk merendahkan tekanan darah tetapi kebiasaannya terdapat kesan sampingan yang buruk dan sesetengahnya berlawanan dengan ubat-ubatan yang lain (contohnya tidak boleh digunakan oleh pesakit asthma). Pengambilan jenis ubat mestilah ditentukan oleh doktor pakar.

Ramalan - Pada ukuran tekanan darah, (contohnya 150/95), bahagian yang kedua dalam kes ini (iaitu 95) lebih penting daripada bahagian yang pertama (150). Bahagian kedua adalah tekanan ketika dalam jantung berehat (diastole) dan bahagian pertama adalah tekanan ketika jantung mengecut/mengepam (systole). Jika bahagian kedua pesakit amat tinggi (contohnya 110), ramalannya adalah kurang baik.

Kebanyakan pesakit yang tidak berubat akhirnya (jangkamasa 5-50tahun) mati akibat sakit jantung, stroke ataupun kerosakan buah pinggang). Tetapi bagi mereka yang mengamalkan cara hidup yang sihat disamping mengambil ubat-ubatan yang sesuai, ramalannya adalah amat baik.

bullet.gif (2533 bytes) Tekanan Darah Tinggi yang merbahaya (malignant hypertension).

Puncanya biasanya diketahui dan pesakitnya biasanya berumur <35 tahun. Contoh punca adalah sakit buahpinggang, rosak organ endokrin contohnya organ tiroid, salur darah tersumbat (artherosclerosis), penyakit salur darah mencerut ditempat-tempat tertentu contohnya coarctation of aorta, boleh berlaku ketika mengandung dan juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan.

Tanda-tanda - sama seperti diatas tetapi pada paras yang lebih teruk.

Rawatan - punca sebenar perlu dirawat, contohnya jika ia disebabkan oleh organ endokrin, organ itu akan dirawat. Ubat yang menurunkan tekanan darah mesti digunakan dan badan biasanya memberi tindakbalas yang amat baik.

Ramalan - satu ketika dahulu penyakit ini amat merbahaya dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat. Tetapi kini, dengan teknologi mengesan punca penyakit yang lebih baik dan dengan ubat-ubatan yang lebih berkesan, pesakit boleh menikmati hidup yang sihat dalam jangkawaktu yang amat lama.

     

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved