topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Infertility (kemandulan)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Secara statistiknya dalam masa setahun, 90% daripada setiap pasangan muda yang melakukan hubungan suami isteri tanpa menggunakan teknik merancang keluarga akan hamil. Baki 10% lagi dikategorikan sebagai menghadapi masalah kemandulan. Tetapi biasanya dalam percakapan seharian, kita mengganggap kemandulan setelah lebih 4-5 tahun masih tidak pernah mengandungkan anak.

bullet.gif (2533 bytes) Punca masalah

    Secara kasarnya 33% disebabkan oleh pihak wanita, 33% oleh pihak lelaki dan 33% lagi oleh kedua-duanya. Dalam kesemua kes, setelah dilakukan ujian dan pemeriksaan, 75% puncanya dapat dikenalpasti (iaitu apakah punca sebenar pihak wanita dan/atau lelaki itu mandul).

bullet.gif (2533 bytes) Kemandulan Wanita.

    Diantara penyakit yang boleh menyebabkan kemandulan adalah penyakit yang menyebabkan penghasilan telur terganggu/terhenti seperti:-

  • Polycystic ovary syndrome -  Terbentuknya banyak gelembung-gelembung didalam ovari. Pesakit mendapat masalah haid sedikit/tiada dan mungkin timbul rerambut menyamai rerambut pada lelaki contohnya misai)
  • Endometriosis - iaitu masalah kumpulan-kumpulan tisu rahim terbentuk di luar rahim - menyebabkan haid banyak/kerap, sakit ketika bersetubuh, sakit ketika haid, dan sakit dibahagian kemaluan.
  • Putus haid pada usia muda (20 an)
  • Anorexia - Pesakit tidak berselera makan badan kurus serta tiada haid.
  • Hyperprolactinaemia - sejenis penyakit hormon yang menyebabkan haid terhenti.
  • dan lain-lain lagi.
  • Sebab yang lain adalah masalah organ peranakan wanita. Dua puluh lima peratus wanita yang mandul disebabkan oleh salur fallopian sempit/tersumbat. Salur fallopian adalah salur yang menyambungkan rahim ke organ ovari yang menghasilkan telur. Salur inilah dilalui oleh sperma dari lelaki untuk bertemu bertemu dengan telur di ovari.

    Satu lagi sebab adalah masalah cecair yang terdapat pada rahim wanita. Bagi wanita biasa, cecair ini boleh membantu sperma untuk bertemu dengan telur, tetapi bagi  sesetengah kes, cecair ini membunuh ataupun melemahkan sperma sehingga ianya tidak mampu untuk berenang ke telur yang terletak di ovari.

bullet.gif (2533 bytes) Kemandulan Lelaki

    Diantara sebab yang boleh menyebabkan kemandulan adalah:-

  • Keadaan dimana zakar terdapat di dalam badan (tidak didalam buah zakar). Pesakit apabla diperiksa hanya terdapat sebelah sahaja ataupun kedua-dua belah tidak ada.
  • Zakar dijangkiti kuman.
  • Zakar tidak menghasilkan sperma yang cukup ataupun sperma yang sihat. Diantara masalah-masalah sperma adalah bentuk yang tidak normal dan tidak boleh berenang/bergerak dengan baik.

bullet.gif (2533 bytes) Masalah umum:-

    Masalah persetubuhan akibat dari kerja contohnya suami bekerja waktu malam dan isteri bekerja di siang hari.
    Masalah genetik (lelaki dan wanita) yang menghalang kehamilan

bullet.gif (2533 bytes) Pemeriksaan di hospital atau klinik.

    Masalah kemandulan adalah rumit dan memerlukan nasihat dan pemeriksaan pakar yang berpengalaman. Biasanya pemeriksaan atau ujian yang dilakukan adalah untuk menentukan bahawa:-

  • Wanita boleh menghasilkan telur.
  • Lelaki boleh menghasikan sperma yang baik jumlahnya (biasanya 20 juta sperma per ml). dan adakah sperma-sperma itu sihat.
  • Adakah penghalang pertemuan sperma dengan telur?
  • Adakah hasil persenyawaan (jikalau terjadi) boleh melekat pada rahim?
  • Adakah mana-mana ahli keluarga mempunyai situasi yang sama? (faktor keturunan)

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan:-

    Bergantung kepada punca kemandulan. Bagi pasangan yang tertentu kaedah bayi tabung uji boleh dilakukan.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Biasanya 40% pasangan yang menjalankan pemeriksaan akan hamil dalam masa 2 tahun.

 
 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved