topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 In Vitro Fertilization - IVF (bayi tabung uji)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    IVF ataupun bayi tabung uji adalah kaedah dimana persenyawaan diantara telur dan sperma dilakukan di luar badan ('didalam tabung uji') dan kemudiannya hasil persenyawaan itu (blastocyst) akan dimasukkan semula kedalam rahim ibu untuk membolehkan si ibu mengandung dan melahirkan anak.
    Maksud sebenar In Vitro Fertilization adalah persenyawaan diluar badan.

bullet.gif (2533 bytes) Sejarah

    Bayi tabung uji yang pertama dihasilkan adalah di England pada tahun 1978. Ianya adalah hasil penyelidikan 2 orang pakar iaitu Dr.Edwards (embryologist) dan Dr. Steptoe (gynecologist). Sejak tahun tersebut hingga ke hari ini, terdapat lebih 25,000 bayi tabung uji dilahirkankan di seluruh dunia dan kaedahnya menjadi semakin moden.

bullet.gif (2533 bytes) Penerangan

    Untuk menjadi hamil secara biasa, telur yang dihasilkan oleh ovari ibu mestilah bertemu dengan sperma dari bapa di dalam rahim si ibu. Apabila kedua-duanya bercantum, terjadilah persenyawaan. Hasilnya hasil persenyawaan pada mulanya terdiri dari satu sel, kemudian ia membahagi menjadi 2, 4, 8, 16 sel dan membesar seterusnya (tubuh manusia adalah hasil gabungan beratus-ratus juta sel).

    Pada satu peringkat, hasil persenyawaan itu akan melekat pada dinding rahim ibu dan memulakan hubungan dengan sistem peredaran darah ibu. Hubungan itu akhirnya nanti menjadi tali pusat yang membekalkan segala keperluan untuk bayi (foetus) membesar didalam kandungan.

bullet.gif (2533 bytes) IVF - In Vitro Fertilization.

    Persenyawaan tidak akan terjadi jika si ibu atau/dan si bapa mandul. Jikalau si bapa mandul tetapi masih menhasilkan sperma atau atau jika si ibu mandul tetapi masih menghasilkan telur (tetapi telur dan sperma tidak boleh bertemu secara biasa) maka teknik IVF boleh digunakan

    Sejenis jarum halus yang boleh 'menyedut' (fine needle aspiration) digunakan untuk mengambil telur-telur dari ibu. Teknik ini tidak memerlukan pembedahan (pesakit biasanya tidak merasa sakit) dan ianya dibuat berpandukan ultrasound. Telur ini akan di senyawakan dengan sperma bapa di dalam tabung uji dan 2 hari kemudian ianya sudah bersedia untuk dimasukkan kedalam rahim ibu melalui faraj (juga tidak menyebabkan kesakitan).

    Biasanya lebih daripada 1 persenyawaan dibuat di tabung uji. Kebanyakan klinik/hospital membuat 1 - 2 hasil persenyawaan untuk dimasukkan kedalam rahim. Masalahnya adalah jikalau dibuat hanya 1, kemungkinan untuk mengandung tidak begitu baik (20-25%) tetapi jika dibuat sehingga 4 hasil persenyawaan, terdapat kemungkinan kesemuanya akan melekat pada rahim dan menyebabkan anak kembar 4 dilahirkan!!.

Oleh kerana kekurangan pengetahuan penulis dari sudut agama yang berkaitan dengan IVF, penulis amat menggalakkan sesiapa yang tahu menghantar email kepadanya.

bullet.gif (2533 bytes) Soalan-soalan biasa ditanya (FAQ)

  • Q - Terangkan dengan lebih jelas tentang teknik pengambilan telur.

  • A - Proses itu mengambil masa lebihkurang sejam dan pesakit biasanya tertidur setelah diberikan sejenis ubat tidur melalui suntikan. Kemudian sejenis jarum halus digunakan untuk menyedut telur-telur dari ovari dan ianya dibuat berpandukan ultrasound. Selepas proses itu selesai biasanya si ibu tidak akan merasa sakit cuma sedikit rasa tidak selesa dibahagian tersebut. Kebanyakan ibu yang bekerja boleh bekerja semula keesokan harinya (tanpa melakukan kerja yang berat)
    .
  • Q - Bolehkah teknik ini merosakkan ovari saya?

  • A - Tidak terdapat bukti yang menunjukkan teknik ini pernah merosakkan ovari. Sebaliknya terdapat pasangan yang berjaya menghasilkan kehamilan secara biasa setelah teknik itu dilakukan (setelah gagal IVF).
    .
  • Q - Berapa lamakah untuk saya tahu yang saya sudah mengandung?

  • A - Jikalau dibuat ujian darah, ianya boleh diketahui dalamasa 13 hari, jika menggunakan ultrasound, biasanya ia boleh ditentukan dalam masa 30 hari.
    .
  • Q - Jika IVF gagal berapa kali lagikah ianya boleh diulang semula?

  • A - Tidak terdapat had tertentu. Ianya bergantung kepada umur si ibu (peluang tipis setelah 40 tahun) dan juga faktor-faktor kemandulan yang lain dan ianya adalah hasil perbincangan pasangan suami-isteri dan doktor yang melakukan IVF.

 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved