topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Jaundice (sakit kuning)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

    Jaundice ataupun penyakit kuning boleh disebabkan oleh berbagai-bagai punca. Kulit dan mata putih pesakit bertukar menjadi kekuningan. Warna kekuningan tersebut disebabkan oleh sejenis bahan yang dinamakan bilirubin. Bilirubin (dan bahan-bahan seumpamanya) inilah yang menyebabkan air kencing menjadi kuning dan najis berwarna coklat kehitaman.

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

    Bilirubin adalah bahan asas yang mewarnakan darah. Darah akan di 'telan' oleh sejenis sel khas pemusnah darah didalam badan (reticuloendothelial system) dan seterusnya bilirubin di asingkan dari darah yang telah dimusnahkan itu. Bilirubin ini akhirnya akan dikumpulkan di pundi hempedu yang terletak berhampiran dengan hati dan akan dilepaskan kedalam usus.

    Sebahagiannya diserap semula oleh badan dan yang selebihnya kekal bersama najis dan mewarnakannya coklat-kehitaman. Bilirubin yang diserap semula itu tadi akan dikumpulkan di pundi hempedu semula dan begitulah seterusnya kitarannya.  Apabile terjadinya sesuatu yang menyebabkan paras bilirubin naikdidalam darah, ianya akan menyebabkan kulit kelihatan kuning.

    Punca yang boleh menyebabkan paras bilirubin dakam darah naik adalah:-

  • Disebabkan oleh penyakit keturunan dan penyakit sel darah merah mudah dimusnahkan (haemolytic jaundice).
  • Punca yang timbul dari organ hati contohnya inflamasi hati. (hepatocellular jaundice)
  • Disebabkan bilirubin tidak dapat dilepaskan ke dalam usus (cholestatic jaundice) contohnya terdapat kanser yang menghalang saluran yang membawanya.

  • Penyakit Keturunan dan penyakit darah merah mudah dimusnahkan. (haemolytic jaundice)

Contoh penyakit :-

  • Gilbert Syndrome
  • Crigler-Najjar syndrome.
  • Sickle cell disease

    Punca yang timbul dari organ hati (hepatocellular jaundice)

Cholestatic jaundice

  • Primary biliary cirrhosis
  • Kanser berhampiran dengan hati
  • Sesetengah ubat-ubatan.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-Tanda (symptoms)

    Kekuningan pada bahagian putih mata adalah tanda-tanda yang awal sekali kelihatan. Kemudian kulit bertukar menjadi warna kekuningan. Tanda-tanda lain yang umum seperti hilang selera makan, muntah dan rasa loya terutama sekali selepas makan makanan yang berlemak tinggi.

    Kadang-kadang pesakit mengalami sembelit diselang-seli dengan cirit. Mulut pesakit terasa kepahitan dan pesakit juga merasa kegatalan pada seluruh badan.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatannya tertumpu kepada punca asal penyakit. Pesakit perlu memakan makanan yang banyak protin dan kanji, tetapi sangat kurang lemak. Untuk kegatalan kulit, krim sapuan boleh digunakan.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved