topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Malaria  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Asal perkataan malaria adalah dari Itali iaitu mala aria bermakna udara yang kotor. Ia biasanya terdapat di negeri-negeri panas khatulistiwa dan tropika terutama jika terdapat paya-paya kotor, kelopak-kelopak air dan kekebuluran.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Inya disebabkan oleh haiwan yang sangat halus yang dinamakan parasit protozoa (Plasmodium). Terdapat 3 jenis parasit plasmodium yang diketahui iaitu P. vivax, P. malaria dan P. falciparum. Parasit ini merebak melalui jangkitan nyamuk betina dari jenis Anopheles. Apabila nyamuk ini menggigit pesakit malaria, parasit ini disedut bersama-sama darah kedalam badan nyamuk tersebut.

    Kitaran hidup parasit ini terbahagi kepada dua alam, iaitu didalam badan nyamuk dan didalam badan manusia. Apabila nyamuk betina pembawa parasit ini menggigit manusia, telur parasit (sporozoites) akan disuntikkan sekali ke dalam darah. Telur ini akan pergi ke hati dan setelah beberapa lama akan menetas (dipanggil schizonts). Setiap satunya akan membiak sehingga 40,000 anak (merozoites). Setiap anak ini akan masuk kedalam sel darah merah dan membiak lagi, sehingga sel itu penuh dan pecah, mengeluarkan lebih banyak anak. Proses ini akan terus berulang-ulang.

    Anak-anak parasit ini terbahagi kepada 2 jenis - jantan dan betina. Apabila nyamuk menggigit pesakit ini, anak-anak ini disedut kedalam perut nyamuk dan akan bersatu untuk menghasilkan telur (sporozoites). Begitulah seterusnya kitaran hidup parasit ini.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Pada peringkat awal terdapat tanda-tanda yang tidak jelas seperti pening kepala, sakit-sakit di seluruh badan, terasa kesejukan dan suhu badan naik. Apabila pembiakan parasit telah mencapai satu jumlah yang kritikal, pesakit menjadi tenat. Terdapat 3 peringkat utama.

  • Peringkat Kesejukan - Selama lebihkurang sejam - Pesakit merasa amat-amat sejuk walaupun telah memakai beberapa lapisan selimut. Muka dan tangan mungkin menjadi biru dan badan menggeletar. Tetapi anehnya jikalau disukat suhu badan, sebenarnya jauh lebih panas daripada biasa.
  • Peringkat Kepanasan - beberapa jam - Suhu badan menjadi amat panas, sehingga 41 celcius (suhu sewaktu sihat 36.7 celcius dan ketika demam biasa mungkin 38-39 celcius). Pesakit terasa amat panas, pening, loya, dan sakit diseluruh badan. Pesakit mungkin meracau dan bercakap yang bukan-bukan (delirium).
  • Peringkat berpeluh - Selepas suhu badan mencapai tahap maksimum, ianya mulai turun. Pada waktu ini, pesakit akan berpeluh sehingga basah kuyup. Pesakit juga akan merasa sedikit pulih dan keadaan menjadi semakin baik seterusnya sehinggalah kitaran yang seterusnya.

  • 3 peringkat ini selaras dengan pembiakan parasit didalam badan iaitu menjadi teruk apabila anak-anak parasit baru sahaja membiak.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan pencegahan - Bagi mereka yang sihat, terdapat ubat untuk mencegah penyakit ini. Contoh-contoh ubat ialah chloroguine, Maloprim dan Fancidar.  Walaubagaimanapun, terdapat parasit yang telah menjadi kebal terhadap ubat-ubatan ini.

    Rawatan penyembuhan - Antara ubat-ubat yang boleh membunuh parasit ini ialah quinine, chloroquine, primaquine, dan pyrimethamine.

    Cara-cara pencegahan lain - Membunuh nyamuk dengan cara membuang segala air yang bertakung, mencampurkan ubat pembunuh telur nyamuk kepada air yang betakung, menggunakan kelambu, jaring hijau pada tingkap, dan menanam segala tin-tin dan tayar buruk.

bullet.gif (2533 bytes) Akibat (complications)

    Salah satu kemungkinan akibat daripada penyakit ini ialah sejenis penyakit yang dipanggil blackwater fever dimana pesakit terkena sakit kuning (jaundice), demam, muntah, kekurangan sel darah merah yang serius, dan air kencing menjadi merah-hitam.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Biasanya penyakit ini boleh dirawati dengan ubat. Jika pesakit tidak dirawat, ianya mungkin boleh menyebabkan kematian - disebabkan gabungan muntah, cirit, demam panas dan kekurangan sel darah merah.

    Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang 'sembuh' tanpa rawatan. Sebenarnya pesakit tersebut tidaklah sembuh, tetapi jumlah parasit di dalam badan telah menjadi berkurangan seketika, dan dalam masa beberapa bulan kemudian penyakit ini akan menyerang kembali.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved