topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Meningitis  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Meningitis adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada selaput otak (meninges). Ianya boleh disebabkan oleh bakteria ataupun virus (terdapat juga lain-lain punca yang jarang berlaku contohnya disebabkan oleh sesetengah ubat). Serangan bakteria adalah jauh lebih merbahaya daripada serangan virus.

    Untuk mempastikan jenis jangkitan, cecair tulang belakang perlu diambil (CSF, lumbar punture). Pemeriksaan terhadap contoh cecair yang akan mempengaruhi jenis antibiotik yang akan diberikan dan boleh membezakan serangan bakteria dari serangan virus..

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Jenis bakteria yang biasanya menyebabkannya adalah dari jenis:-

  • Pneumococcus - biasanya berjangkit dari tempat-tempat lain contohnya jangkitan pada dalam telinga (otitis media), dan penyakt nanah sekeliling paru-paru (empyema).
  • Haemophilus, Streptococus, Staphylus, Gonococcus - bakteria yang boleh menyebabkan nanah.
  • Mycobacterium - bakteria yang samayang menyebabkan sakit batuk kering.
  • Neisseria meningitidis ataupun N. Meningococus - menyebabkan wabak meningitis ditempat-tempat seperti sekolah, asrama, penjara (pengudaraan kurang berkesan).Ianya berjangkit melalui bersin dan batuk.

  • Jenis-jenis virus pula:-

  • Virus Coxsakie - biasanya menyerang kanak-kanak.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Penyakit ini menyebabkan tekanan cecair didalam otak (CSF) menjadi tinggi. Jadi tanda-tandanya adalah diakibatkan oleh selaput yang dijangkiti dan akibat tekanan tinggi didalam kepala:-

  • Demam, hidung berhingus (seperti selsema).
  • Pening kepala, muntah, menggeletar secara tiba-tiba.
  • Mata sensitif/sakit apabila terkena cahaya (photophobia).
  • Kekerasan leher (neck stiffness), mata kelihatan juling, lidah kekeringan.
  • Timbul tanda-tanda merah pada kulit badan.
  • Kernig's sign iaitu dalam keadaan baring jikalau kaki diangkat keatas supaya ianya 90 darjah daripada badan, jikalau kita cuba untuk meluruskan kaki pesakit ianya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
  • Serangan seperti sawan, pengsan.
  • Lumpuh dan koma.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Jangkitan virus biasanya tidak serius dan hanya memerlukan rawatan penjagaan.
    Jangkitan bakteria diubati dengan antibiotik contohnya benzylpenicillin dan rifampicin.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Sebelum terciptanya antibiotik, kadar kematian adalah amat tinggi, sehingga 80%. Tetapi jika ianya cepat dikesan dan dirawat dengan antobiotik, kebanyakan pesakit (85%) akan sembuh.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved