topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Menopause (putus haid)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Keputusan haid biasanya berlaku kepada wanita pada umur 45-50 tahun. Selain dari menandakan bahawa waktu kesuburan (kebolehan untuk hamil) sudah tamat, ia mempunyai banyak kesan-kesan fizikal dan psikologi terhadap wanita.

bullet.gif (2533 bytes) Punca putus haid.

    Kitaran haid yang tetap dan berterusan dikawal oleh 4 hormon iaitu

  • Follicle Stimulating Hormone (FSH) - mengawal pengeluaran hormon Oestrogen.
  • Luteinising Hormone (LH) - mengawal pengeluaran hormon Progestrone.
  • Oestrogen - hormon yang  menyebabkan perubahan ketika baligh, menyebabkan wanita menghasilkan telur dan mengawal kitaran haid.
  • Progesterone - hormon yang penting ketika hamil. Juga memainkan peranan didalam kitaran haid.
  • Pada tahun-tahun akhir sebelum keputusan haid, pengeluaran dan pengawalan hormon-hormon ini menjadi tidak menentu dan mengakibatkan kedatangan haid terganggu. Akhirnya pengeluaran hormon tersebut (oestrogen) terhenti sama-sekali dan mula menyebabkan simptom.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Kesannya terhadap wanita berbeza. Terdapat wanita yang mengalami sedikit sahaja masalah dan terdapat juga yang amat terganggu kesihatannya secara fizikal dan mental.
    Simptom akibat keputusan haid adalah:-

    Jangka pendek

  • Hot flushes - muka terasa kepanasan dan menjadi kemerahan, badan berpeluh, degup jantung menjadi kuat.
  • Letih dan mudah marah.
  • Tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasan harian
  • Sakit-sakit sendi
  • Gangguan keinginan sex dan masalah kelamin (vaginal dryness).
  • Merasa tertekan (depression)
  • Jangka panjang

  • Penyakit tulang yang dinamakan osteoporosis. Oleh kerana masalah ini serius tetapi boleh dielakkan, ianya dibincangkan dibawah.
  • Masalah dengan penyakit salur darah dan jantung (cardiovascular disease)

 bullet.gif (2533 bytes) Osteoporosis

    Ianya adalah masalah tulang menjadi lemah disebabkan kehilangan mineral kalsium (dan bahan-bahan lain) yang menjadikannya kuat. Bentuk dan kedudukan tulang masih seperti biasa, tetapi kekuatannya amat rendah dan mudah patah. Ianya kerap berlaku apabila umur meningkat 70an tetapi bagi wanita, masalah timbul lebih cepat iaitu bermula setelah keputusan haid. Secara kasarnya, setiap tahun tulang akan kehilangan 1% daripada bahan asalnya.

    Diantara tulang yang mudah patah adalah tulang belakang (badan menjadi bongkok dan rendah), tulang pangkal peha dan tulang pergelangan tangan.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan untuk simptom akibat putus haid

    Hormon oestrogen boleh diambil untuk mengurangkan masalah-masalah seperti muka kepanasan dan kemerahan, berpeluh dan masalah kelamin (vaginal dryness). Selain itu ia juga boleh mengurangkan ataupun mengelakkan terus berlakunya osteoporosis. Osteoporosis juga boleh dikurangkan dengan mengambil galian kalsium (tetapi kajian menunjukkan oestrogen jauh lebih berkesan dari kalsium).

    Masalahnya dengan oestrogen adalah ia boleh menyebabkan rahim menjadi tebal semula (endometrial hyperplasia) setelah kecut semasa putus haid. Ini membawa sedikit risiko untuk mendapatkan barah rahim. Terdapat gabungan hormon oestrogen-progestrone yang dinamakan Hormone Replacement Theraphy - HRT.  Kajian menunjukkan bahawa HRT boleh menghilangkan banyak simptom putus haid tetapi tidak meningkatkan risiko barah rahim.

    Terdapat beberapa kenyataan tentang HRT yang masih kontroversi. Ianya adalah:-

  • HRT boleh mengelakkan masalah salur darah dan masalah jantung (cardiovascular disease)????
  • Meninggikan sedikit risiko breast cancer ????
  • Tetapi yang nyatanya HRT banyak memberi faedah kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah keputusan haid.  Walaubagaimanapun, jikalau wanita tersebut pernah mengalami breast cancer ataupun mempunyai tekanan darah tinggi, HRT mungkin tidak akan diberikan kepadanya.
     

bullet.gif (2533 bytes) Links - Links kepada halaman-halaman   menopause di seluruh dunia.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved