topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Migraine  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Pesakit migraine biasanya mengadu sakit kepala yang teramat sangat. Ia lebih kerap menyerang kaum wanita dan hampir 10% manusia pernah mengalaminya .

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Punca sebenarnya tidak diketahui tetapi ianya boleh di rangsang oleh sejumlah faktor. Diantaranya ialah (sama seperti faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala biasa):-

    • Susah hati, resah, terperanjat, terlampau seronok.
    • Terlalu lama nenonton TV atau melihat pada skrin komputer.
    • Bunyi yang bising.
    • Keletihan secara fizikal ataupun mental.
    • Sesetengah makanan contohnya coklat, jering.
    • Berlaku pada waktu baligh (wanita)
    • Bagi wanita, ianya boleh disebabkan oleh pil perancang keluarga.

    Terdapat pendapat mengatakan bahawa ianya disebabkan oleh pengecutan salur darah di otak. Pengecutan ini boleh menyebabkan sedikit cecair didalam darah keluar dari salur darah dan terkumpul di sekitarnya. Gabungan faktor inilah yang menyebabkan kesakitan berlaku.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Biasanya sebelum kesakitan timbul, pesakit mengalami rasa meloya dan penglihatan kelihatan kabur  di sebelah mata (mata kanan atau mata kiri).

    Apabila kesakitan timbul, pesakit mengadu kesakitan kepala yang amat sangat ('kepala terasa seperti terbelah'), biasanya ia lebih kerap berlaku berhampiran dengan sebelah mata (kanan atau kiri) dan ia boleh menyebabkan pesakit muntah.

    Jangkawaktu ianya berlaku berubah-ubah biasanya diantara beberapa jam sehingga sehari suntuk.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan pencegahan adalah yang terbaik jikalau ianya mujarab. Contohnya jika ianya disebabkan oleh jering, elakkan memakannya. Jika ianya disebabkan oleh menonton TV, Kurangkan waktu menontonnya ataupun jarakkan waktu menonton.

    Setiap pesakit mempunyai reaksi yang berbeza terhadap ubat yang berbeza. Contohnya mungkin ada yang serasi dengan aspirin tetapi tidak dengan panadol (paracetamol). Terdapat pula yang sebaliknya jadi adalah penting bagi pesakit untuk bersedia dengan ubat yang berkesan untuknya. Ini adalah kerana ubat-ubatan ini biasanya lebih mujarab diambil pada ketika awal-awal tanda migraine akan menyerang.
    Pesakit juga sepatutnya berbaring dan berehat, sebaiknya ditempat yang senyap dan gelap.

    Ubat-ubatan yang lain biasanya memberi kesan yang berubah-ubeh. Kadang-kadang amat mujarab bagi sesetengah pesakit tetapi  tidak ada  kesan bagi pesakit yang lain Contohnya ubat untuk mengembangkan salur darah (vasodilator) dan ubat untuk menghilangkan meloya.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Tidak terdapat bukti-bukti yang menunjukkan pesakit migraine mempunyai penyakit otak yang lebih serius contohnya kanser otak. Kemungkinan pesakit untuk mendapat penyakit yang serius adalah sama seperti orang biasa.
    Bagi wanita, penyakit ini biasanya hilang setepah keputusan haid.

bullet.gif (2533 bytes) Links - Links kepada halaman Migraine dan Headache di seluruh dunia.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved