topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Miscarriage (keguguran)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Takrifan keguguran adalah pengeluaran fetus (bayi) dari rahim, yang tidak menunjukkan tanda-tanda hidup sebelum minggu yang ke 28 didalam kandungan.

    Ia biasanya berlaku dalam 12 minggu pertama dalam kandungan dan hampir 15-20 % wanita yang disahkan mengandung akan mengalami keguguran.

bullet.gif (2533 bytes) Punca keguguran.

    Keguguran boleh disebabkan oleh banyak punca samaada disebabkan oleh fetus (bayi) itu sendiri ataupun oleh ibunya. Diantara sebab-sebabnya adalah (* menandakan penting):-
     

  • Masalah genetik bayi yang menyebabkan tubuhnya cacat.*
  • Masalah bentuk rahim yang ganjil ataupun tidak sesuai.*
  • Kekurangan hormon yang diperlukan ketika mengandung (hormon progesterone)*
  • Penyakit ibu seperti diabetes (kencing manis), penyakit organ endokrin tiroid dan masalah sistem immune.*
  • Umur ibu yang agak tinggi - risiko bertambah setelah lebih 40 tahun.*
  • Ibu merokok ataupun ibu tinggal bersama perokok didalam rumah yang sentiasa dipenuhi asap rokok, mengambil dadah ataupun terlalu banyak arak.
  • Jangkitan virus/organisma seperti rubella dan sifilis.
  • Ibu sudah banyak melahirkan anak sebelumnya (>5 anak)
  • Ibu kurang terlalu kurang makan (miskin, tiada selera, masalah sosial dll)

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda

    Kesakitan pada bahagian bawah perut disertai dengan pendarahan. Pesakit juga biasanya melihat ketulan darah merah-hitam keluar. Jikalau ketulan itu hancur/pecah apabila terkena air kemungkinannya adalah darah beku manakala jika ianya tidak hancur, kemungkinanya adalah tisu dari bayi.

bullet.gif (2533 bytes) Pemeriksaan

    Pemeriksaan kepada pangkal rahim (cervix) dibuat untuk meluhat samaada ianya terbuka ataupun tidak (terbuka menandakan keguguran sedang berlaku).

    Jikalau terdapat keraguan samaada bayi masih hidup, ultrasound digunakan untuk memastikan apa yang sebenarnya berlaku. Ini boleh membezakan samaada  ibu  mengalami pendarahan (tetapi tidak gugur dan bayi masih hidup), keguguran benar-benar berlaku samaada keguguran lengkap ataupun keguguran separuh iaitu uri masih melekat pada rahim.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

    Jikalau hanya pendarahan dan bayi masih hidup, rawatannya adalah secara umum iaitu banyakkan berehat diatas katil, minum air yang mencukupi, elakkan kerja berat dan persetubuhan.

    Kesemua keguguran yang tidak lengkap dan sesetengah keguguran lengkap memerlukan pencucian (dilatation and curettage) dan ianya perlu ditentukan oleh pakar. Dinding dalam rahim akan di'cuci' untuk memastikan tidak terdapat saki-baki uri dan untuk membolehkannya 'tumbuh' semula menjadi sesuai untuk penghamilan yang akan datang.

    Pesakit biasanya akan mengalami keadaan kesedihan dan menyalahkan diri sendiri. Perlu diingatkan bahawa kebanyakkan kes-kes adalah bukan salah pesakit dan ianya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan.

 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved