topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Parkinson's Disease  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Parkinson's disease adalah penyakit yang disebabkan oleh masalah urat saraf didalam otak. Ia biasanya berlaku setelah berumur lebih 50 an dan menyebabkan badan pesakit keras (rigid), tangan ketar (tremor), dan sukar untuk memulakan pergerakan.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Di satu bahagian otak yang dinamakan substantia nigra, terdapat sel-sel yang menghasilkan bahan  kimia dopamine. Sel-sel dan bahan kimia ini bertanggungjawab mengawal banyak fungsi badan dan yang terpenting adalah pergerakan badan. Pada otak pesakit parkinson, bahagian substantia nigra ini mengecil dan hilang fungsi dan akibatnya pengeluaran dopamin terganggu atau terhenti samasekali. Sebab ianya terjadi tidak diketahui (idiopathic).

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

  • Tangan menjadi ketar (tremor) - keketarannya (4-6 Hz) lebih perlahan kelajuannya daripada keketaran ketika kita kesejukan.
  • Keseluruhan badan menjadi keras (rigidity)- Jikalau pesakit baring dan seseorang cuba untuk menggerakkan tapak kakinya -  keseluruhan kaki, betis, lutut dan peha akan mengikut sama.
  • Sukar untuk memulakan pergerakan (akinesia) - Jikalau pesakit sedang berdiri dan cuba untuk berjalan, pesakit akan kelihatan kaku tidak bergerak dan hanya bergerak setelah beberapa ketika kemudiannya.
  • Muka tidak menunjukkan emosi (expressionless) dan mata tidak berkelip. Percakapan adalah perlahan dan tiada nada.
  • Festinant gait - iaitu pesakit kelihatan bongkok dan ketika berjalan langkahnya kecil-kecil dan agak laju manakala tangannya tidak berhayun.
  • Tulisan menjadi kecil (micrographia) dan pada hujung ayat biasanya terjadi 'ekor'.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Terdapat beberapa pilihan ubat tetapi ianya bukan ubat penyembuh. Tujuannya adalah untuk menyekat atau melambatkan proses penyakit ini. Yang paling utama dipanggil levodopa dan ianya adalah bahan kimia yang boleh ditukarkan kepada dopamine didalam badan. Nama-nama ubat jenis lain adalah bromocriptine, amantanine dan anticholinergic drugs.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Dengan rawatan yang betul, kemaraan penyakit ini boleh disekat dan kualiti hidup pesakit boleh diperbaiki untuk jangkamasa yang agak lama.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved