topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Schizophrenia (Sakit Jiwa)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Schizophrenia atau sakit jiwa adalah satu penyakit yang kompleks yang sukar dikesan sebabnya dan sukar diubati. Pesakit tidak mempunyai logik akal yang betul tidak dapat berfikir mengikut hukum fizik dan hukum alam dan jikalau dia mempunyai sesuatu kepercayaan, ianya amat sukar untuk diubah. Pesakit juga mudah ternampak atau terdengar sesuatu yang tidak ada.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Punca sebenar tidak diketahui. Ianya sedikit sebanyak adalah penyakit keturunan dimana adik beradik ataupun saudara rapat mempunyai 12% kemungkinan untuk menjadi gila pada satu peringkat dalam hidupnya. Terdapat teori mengatakan  setiap manusia mempunya satu peringkat dimana jikalau tekanan hidupnya mencapai peringkat tersebut, dia tidak akan dapat mengawalnya dan menjadi gila. Bagi orang biasa, peringkat ini amat tinggi dimana masalah hariannya tidak pernah akan mencapainya untuk seumur hidupnya maka mereka tidak akan terkena sakit jiwa. Bagi pesakit pula, parasnya adalah rendah jadi apabila tekanan hidup mereka semakin tinggi, ia melampaui batasan ini dan menyebabkan mereka gila.

    Contoh yang boleh menyebabkan tekanan hidup tinggi adalah ingin menjadi kaya dengan cepat atau ingin menjadi berkuasa atau mungkin juga masalah dalaman sendiri ataupun keluarga (penceraian ibubapa, diperkosa semasa kanak-kanak dsb.)

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Tanda-tandanya berbagai-bagai, biasanya berkaitan dengan dengan pemikiran, penglihatan, pendengaran dan kepercayaan:-

  • Delusion iaitu kepercayaan kuat dan tidak dapat diubah terhadap sesuatu yang biasanya tidak masuk akal. Contohnya pesakit sakit amat percaya bahawa setiap orang yang lalu dihadapan rumahnya diupah oleh seseorang untuk mengintipnya.
  • Hallucination iaitu masalah pancaindera terutamanya pancaindera penglihatan dan pendengaran. Contohnya pesakit terlihat harimau hitam melintas di dalam rumahnya. Contoh yang lain pesakit terdengar suara berbisik mengumpat tentangnya  walaupun ketika itu tidak ada sesiapa yang berhampirannya.
  • Percaya bahawa seseorang mengawal diri dan otak pesakit jadi pesakit tidak boleh berbuat apa-apa.
  • Percaya bahawa manusia lain boleh mendengar apa yang pesakit sedang fikirkan

    Tanda-tanda yang lain :-
  • Pemikiran yang terputus/terlompat-lompat (contoh, sewaktu sedang hangat bercakap tentang politik, pesakit tiba-tiba berubah tajuk kepada cuaca)
  • Reaksi yang tidak logik contohnya ketawa apabila menerima berita tentang kematian seseorang.
  • Pengasingan diri contohnya apabila berada dalam sekumpulan manusia, pesakit terdiam seolah-olah berada didalam satu ruangan kedap udara dan tidak terdengar perbualan sekeliling.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Mengenai samaada pesakit perlu dimasukkan ke hospital sakit jiwa atau tidak bergantung kepada sejauh mana pesakit tersebut merbahaya kepada masyarakat dan kepada dirinya sendiri. Contohnya jika pesakit hampir pasti akan dilanggar kereta, atau jika pesakit akan mencederakan orang lain.

    Terdapat ubat-ubatan untuk mengurangkan 'paras' sakit jiwa iaitu yang boleh menenangkan pesakit dan yang boleh mengurangkan pesakit berfikir yang bukan-bukan. Ubat-ubatan ini terdapat pelbagai jenis dan kekuatan dan sesetengahnya mempunyai kesan sampingan yang serius.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Terdapat beberapa faktor yang mencerahkan peluang pesakit untuk menjadi pulih semula. Contohnya jikalau sakit itu datang secara tiba-tiba (bukan terbentuk sedikit demi sedikit dalam masa yang lama), terdapat pertolongan psikologi contohnya ibubapa yang membantu dengan sedaya upaya, tiada tanda-tanda negatif seperti kelancaran pertuturan terganggu, atau pemikiran yang terlalu tidak masuk akal, dan jika terdapat tanda-tanda susah hati (kerana apabila perkara yang menyebabnya susah hati di selesaikan, pesakit mudah menjadi sembuh).
    Kemungkinan pesakit untuk mencederakan orangramai adalah amat sedikit iaitu kurang dari 1% daripada kes..

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved