|
The common cold (selsema) Pendahuluan. Demam selsema amat mudah berjangkit. Masalah dengan demam selsema adalah ianya boleh disebabkan oleh sekurang-kurangnya 80 jenis virus yang berlainan dan amat mudah merebak. Ini menyebabkan amat sukar untuk mencipta ubat/vaksin untuk melindungi diri daripadanya. Secara purata, setiap orang akan mendapat selsema 2-3 kali setahun. Terdapat jenis 'demam selsema' yang lebih serius iaitu dipanggil influenza dimana pesakit mendapat tanda-tanda seperti selsema tetapi lebih teruk, disamping demam dan sengal-sengal otot diseluruh badan. Punca penyakit. Disebabkan oleh virus terutamanya dari jenis yang dipanggil rhinovirus. Tanda-tanda (symptoms & signs). Hidung tersumbat dan berair (akhirnya menjadi pekat dan berwarna hijau-coklat), batuk dan bersin. Rawatan. Sebenarnya ubat-ubatan (antibiotik) tidak boleh membunuh virus ini. Ubat batuk hanya boleh mengurangkan batuk yang teruk. Ramalan (Prognosis). Biasanya ia akan hilang dalamasa 5 -14 hari. Kanak-kanak (6%) boleh mendapat jangkitan didalam telinga (otitis media), jangkitan paru-paru (pneumonia), ataupun sejenis sawan sementara yang tidak merbahaya (febrile convulsion).
|
Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh |