topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Stroke  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Otak manusia amat kompleks dan setiap satu bahagian bertanggungjawab mengawal sebahagian fungsi badan ataupun sebahagian fizikal badan. Seperti juga organ-organ lain, otak menerima darah dari salur darah (artery) dan darah inilah bertanggungjawab membawa oksigen untuk kegunaannya. Apabila salah satu dari salur darah ini tersumbat ataupun pecah, oksigen tidak dapat dibawa ke bahagian otak tersebut seterusnya akan menyebabkannya tidak berfungsi ataupun terus mati. Jikalau bahagian yang mati itu bertanggungjawab keatas kawalan sebelah kanan badan, maka keseluruhan bahagian itu akan menjadi lumpuh. Inilah punca penyakit stroke.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

  1. Salur darah tersumbat

    Ini boleh disebabkan oleh ketulan kecil darah yang datang dari jantung (embolus) atau organ-organ lain, ataupun ketulan kecil yang terbentuk dengan sendirinya dalam salur darah di otak (thrombus).
    .
  2. Salur darah pecah.

    Terdapat dinding salur darah di dalam otak yang menjadi lemah dan membentuk struktur seperti gelembung kecil (aneurysm) berisi darah. Apabila gelembung ini membesar ia akan menekan otak yang berhampiran dengannya menyebabkannya sukar berfungsi. Gelembung ini akan menjadi seperti bom jangka yang akan pecah pada bila-bila masa sahaja.
  3. Mengapa ianya terjadi? Faktor faktornya adalah banyak. Antaranya:-

  • Tekanan darah tinggi (hypertension) - garam berlebihan, gemuk dll.
  • Merokok
  • Sakit jantung
  • Paras cholestrol dalam badan tinggi
  • Peminum arak
  • Kegemukan
  • Cara hidup yang tidak sihat - tiada senaman.
  • Berpenyakit Diabetes
  • Stres yang tinggi.
  • Umur meningkat
  • Terdapat anggota keluarga yang pernah mendapat stroke.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda amaran bahawa stroke akan menyerang.

  • Muka, tangan dan kaki secara tiba-tiba menjadi lemah, kebas dan lumpuh terutamanya jika ia berlaku pada sebelah bahagian badan.
  • Tidak boleh bercakap atau sukar mengeluarkan kata-kata  atau susah untuk memahami perbualan.
  • Hilang pandangan secara tiba-tiba terutamanya jika ia terjadi pada sebelah sahaja mata.
  • Sakit kepala yang amat sangat secara tiba-tiba tanpa sebab.
  • Terasa pening dan tidak dapat mengawal imbangan badan dengan baik.

    Sebanyak 30% stroke mempunyai tanda-tanda awal seperti diatas (trancient ischaemic attack)

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Bagi pesakit yang pengsan, rawatan tertumpu kepada penjagaan keperluan asas iaitu pernafasan, air dan perjalanan darah. Jika tekanan daran pesakit tinggi, ubat akan diberikan untuk mengurangkannya semula. Bagi stroke yang disebabkan oleh ketulan darah, mungkin ubat untuk menghancurkannya diberikan (heparin).

    Bagi rawatan pencegahan, kita sepatutnya membuat medical check-up untuk memastikan bahawa tekanan darah pada paras normal, kandungan cholestrol dalam badan rendah dll.
    Cara-cara yang lain ialah berhenti merokok, makan makanan yang kurang lemak dan kurang garam, pastikan berat badan berpatutan dan lakukan senaman secara berjadual.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Secara keseluruhan, 40% akan sembuh seperti sediakala, 20% akan menyebabkan kematian dalam masa sebulan dan 7% lagi menyebabkan kematian dalam masa setahun,

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved