topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Tuberculosis (batuk kering)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Batuk kering adalah sejenis penyakit yang amat tua. Ianya telah dikesan sejak zaman Hippocrates (ahli perubatan greek) lagi iaitu lebihkurang 2500 tahun dahulu.Pada masa dahulu penyakit ini tidak dapat diubati dan menyebabkan wabak yang boleh membunuh begitu ramai manusia.

    Walaubagaimanapun, dinegara-negara mundur, batuk kering masih lagi menjadi salahsatu punca utama kematian.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Ia disebabkan oleh bakteria jenis mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini tersebar melalui batuk, bersin pesakit dan juga melalui ludah. Air ludah pesakit boleh mengandungi berjuta-juta bakteria ini dan apabila ianya kering, ia menjadi debu yang boleh diterbangkan angin dan merebak kepada orang lain. Walaubagaimanapun, debu yang telah terdedah pada matahari terik boleh membunuh bakteria ini.Ia juga boleh tersebar melalui makanan yang telah tercemar.

    Bakteria ini biasanya menyerang paru-paru. Ia menyebabkan terjadinya ketulan-ketulan kecil berisi tisu yang reput (granulamatous lesion) pada paru-paru (primary tuberculosis). Ia juga boleh menyerang buah pinggang dan masuk kedalam darah, dan menyebabkan meningitis. Kemudian ketulan ini akan sembuh dan mengeras tetapi bakteria tersebut boleh duduk diam disitu dan menyerang semula beberapa bulan ataupun tahun kemudian (post-primary tuberculosis).

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Primary tuberculosis boleh terjadi tanpa tanda-tanda ataupun tanda-tandanya sedikit sahaja seperti sakit-demam umum dan batuk kecil dan nafas berbunyi (wheezing).

    Bagi pesakit yang tenat, batuk teruk (kering), kadang-kadang berdarah, badan kurus kering, berpeluh dimalam hari, demam dan kesejukan.

    Setiap ahli keluarga dan rakan yang pernah hampir kepada pesakit perlu diperiksa dihospital (tuberculin test) untuk memastikan mereka bebas dari kuman ini.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Pencegahan - Penyakit ini mudah merebak dikawasan kampung atau setinggan yang sesak, kotor dan berpenduduk miskin. Kebersihan dan kedudukan kewangan yang baik untuk tinggal di tempat-tempat yang bersih adalah faktor utama untuk mencegah penyakit ini.

    Vaksin - Bayi yang baru lahir akan mendapat vaksin BCG untuk menghasilkan antibodi terhadap bakteria ini.

    Bagi pesakit batuk kering, terdapat antibiotik yang berkesan untuk membunuh bakteria ini. Walaupun bakteria tersebut menjadi kebal terhadap ubat-ubatan ini, gabungan beberapa jenis ubat boleh digunakan dan ia biasanya berkesan.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

     Hampir 95% pesakit akan sembuh.

bullet.gif (2533 bytes) Links - Links kepada halaman-halaman Tuberculosis di seluruh dunia

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved