topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Tetanus (kancing gigi)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Penyakit kancing gigi disebabkan oleh bakteria dan jikalau tidak dirawat boleh membawa maut. Bagi masyarakat Malaysia, penyakit kancing gigi selalu disebut apabila kita luka terpijak paku. Sebenarnya penyakit ini boleh disebabkan oleh apa-apa jenis luka pada tubuh badan yang disertai dengan jangkitan kuman tersebut, dan tidak hanya luka terpijak paku.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Puncanya adalah bakteria jenis clostridium tetani. Bakteria ini hidup pada debu-debu, didalam dan dipermukaan tanah, terutama sekali ditempat-tempat terdapatnya najis haiwan (terutama sekali najis kambing dan kuda). Bakteria ini juga boleh terdapat pada alat-alatan besi termasuklah paku. Bakteria ini apabila masuk kedalam badan akan mengeluarkan sejenis racun (tetanospasmin toxin).

    Racun tersebut akan menyerang urat saraf yang mengawal otot dan menyebabkannya amat sensitif. Ini menyebabkan otot-otot sentiasa kejang dan tidak berehat (kekejangan otot rahang menyebabkan kancing gigi).

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Tanda-tanda mula kelihatan dalam masa beberapa hari setelah pesakit dijangkiti kuman tersebut. Tanda-tanda awalnya adalah demam, keletihan, sakit kepala dan kekejangan kepada otot yang berhampiran dengan luka (pada awalnya otot lain tidak terlibat). Seterusnya ia menyebabkan rahang terkunci dan tidak boleh dibuka (tidak kira dimana asalnya luka tersebut).

    Pada awalnya kekejangan berselang seli dengan otot berehat (boleh membuka mulut) tetapi akhirnya kekejangan menjadi tetap. Kemudian  otot di sekeliling luka mula menunjukkan kekejangan dan akhirnya merebak keseluruh badan. Pengecutan otot-toto seluruh badan menyebabkan badan pesakit bengkok  kehadapan, kebelakang ataupun ke sisi. Muka pesakit kejang dan pesakit kelihatan didalam kesakitan yang amat sangat.

    Sistem pernafasan terganggu dan pesakit tercungap-cungap kekurangan udara. Selain dari itu, suhu badan pesakit menjadi panas dan badan sentiasa berpeluh. Daripada keadaan ini, terdapat 2 kemungkinan iaitu pesakit akan menunjukkan tanda-tanda akan sembuh dan seterusnya sembuh kemudian ataupun pesakit menjadi semakin tenat dan menyebabkan kematian. Ini ditentukan oleh faktor-faktor seperti kekuatan racun yang diihasilkan, umur pesakit, kekuatan dayatahan pesakit dan rawatan yang mencukupi. Semakin cepat tanda-tanda keluar selepas mendapat kecederaan menunjukkan semakin buruk ramalan kepada pesakit tersebut.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Bagi individu yang selalu terkena tanah (pemain bola, petani dll) vaksin tetanus boleh melindungi diri dari serangan tersebut. (sepatutnya vaksin ini diterima ketika bayi/kanak-kanak)

    Bagi pesakit, terdapat ubat yang berkesan (tetanus antitoxin) sebagai penawar toxin yang dihasilkan oleh bakteria tersebut. Selain dari itu terdapat juga antibiotik untuk membunuh bakteria seperti benzylpenicillin, erythromycin dan tetracycline.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Peratus kematian adalah 40%.

 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved