Perhatian!! Kami sudah berpindah ke www.ainix.com Silalah berkunjung ke server baru kami di sana. Attention !! We have moved to www.ainix.com Welcome to our new server. |
Fibroid
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan di dalam rahim wanita. Perlu diigatkan bahawa walaupun ianya juga disebut sebagai fibroid tumour, 99% darinya adalah tidak merbahaya dan tidak merebak (tidak seperti cancer). Dengan kata-kata lain ianya adalah benign tumour.(sila rujuk istilah tumour). Nama lain bagi fibroid adalah leiomyoma.
Fibroid kerap terjadi kepada wanita iaitu hampir 20% wanita mempunyainya. Kekerapannya bertambah dengan pertambahan umur. Tetapi kebanyakkannya adalah kecil dan tidak mendatangkan apa-apa tanda. Otot yang membentuk rahim adalah dari jenis yang dipanggil 'smooth muscle'. Fibroid berasal dari ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Kedudukannya adalah samaada:- Pembesaran fibroid bergantung kepada sejenis hormon wanita yang dipanggil oestrogen. Hormon ini bertambah ketika mengandung dan juga terdapat dalam kebanyakan pil perancang keluarga. Kerana itulah fibroid membesar ketika mengandung dan ketika memakan pil ini. Makanan yang mengandungi cholestrol tinggi boleh meninggikan kandungan hormon ini. Kadang-kadang fibroid boleh mereput secara tiba-tiba (red degeneration), terutama sekali ketika mengandung dan menyebabkan pendarahan yang banyak, kesakitan dan demam. Sekali-sekala ia boleh mengeras (calcify) iaitu bahan galian didalam badan memasukinya dan menjadikannya keras seperti batu. Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak lagi memberi masalah kepada pesakit.
Dukacita dimaklumkan pilihan rawatan tidak banyak dan tidak begitu menyenangkan hati. Jikalau ia benar-benar mendatangkan masalah dan pesakit sudah mempunyai ramai anak, pembedahan pembuangan rahim boleh dilakukan. Bagi wanita muda yang menggunakan pil perancang oestrogen, ianya akan ditukar kepada jenis lain. Selain dari itu, keadaan seperti 'putus haid' boleh dibuat menggunakan sejenis ubat yang dinamakan LHRH analogues untuk mengecutkan fibroid. Masalahnya ia mempunyai kesan sampingan (menyebabkan osteoporosis) dan kesan lain, jadi nasihat pakar amat diperlukan. Masalah lain ialah fibroid boleh tumbuh semula apabila ubat ini dihentikan. Fibroid boleh dibuang dengan pembedahan (bergantung kepada kedudukannya) tetapi jika berlaku pendarahan yang tidak terkawal ketika pembedahan, doktor terpaksa membuang terus kesemua rahim pesakit. Satu ketika dahulu teknik pencucian rahim (dilatation and currettage, D&C) digunakan sebagai rawatan, tetapi oleh kerana kajian menunjukkannya tidak berkesan jadi kebanyakan pusat rawatan moden tidak lagi melakukannya.
Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak memberi masalah kepada pesakit. |
Pertanyaan mengenai penyakit / komen /
cadangan boleh |