Plan
Halaman ini akan diusahakan berperingkat peringkat. Pada
peringkat awal, ruangan Fakta Perubatan akan dilengkapkan, dikemaskinikan dan
diperluaskan. Bermula dari situ, tajuk-tajuk lain akan dikembangkan dan dikategorikan
bergantung kepada kemahuan pembaca.
Jangka
Pendek (6 bulan)
1. Melengkapkan ruangan Fakta Penyakit
2. Mengadakan ruangan Fakta Simptom, iaitu perbincangan bermula daripada simptom.
3. Mengkelaskan Fakta Penyakit, contohnya dibawah tajuk Kardiology,Paediatric/Obs and
Gynae, Psychiatry dll.
4. Menjawab soalan-soalan yang diajukan melalui Email.
5. Memulakan ruangan chat.
6. Mengadakan FAQ(Frequently Asked Question) untuk setiap penyakit.
7.. Mengadakan link kepada medical website yang berkualiti diserata dunia.
Jangka sederhana (6 bulan - 2 tahun)
1. Mula mengumpulkan rakan-rakan yang terdiri dari mereka
yang pakar dalam bidang masing-masing. Contohnya bahagian Kardiology akan
dipertanggungjawabkan kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
2. Membahagikan paras fakta kepada pembaca umum, medical student dan postgraduate.
Teknologi Multimedia teaching/information akan diperluaskan kepada CD Rom atau DVD.
3. Menyertakan gambar-gambar penyakit, salinan X-ray/CT Scan/ Computer tomography, ECG,
animated GIF, klip movie, carta dan gambarajah.
4. Mengadakan On-line consultation dimana pembaca boleh mengajukan pertanyaan kepada
doktor-doktor yang mengambil bahagian dalam Website ini.
5. Mencari Sponsor untuk memastikan website ini akan terus percuma dan untuk
meningkatkan kualiti kandungan dan penyediaannya.
6. Mengubah teknologi website daripada flat database kepada SQL database,
membolehkan teknologi search yang lebih berkesan dan mengurangkan beban administration.
Jangka Panjang (2 tahun - 5 tahun)
Segala usaha Website ini akan akhirnya diselaraskan dengan
satu daripada 7 flagship applications di dalam Multimedia Supercorridor (MSC) iaitu
Telemedicine. Pada waktu ini nanti, MSC hampir siap ditubuhkan dan usaha akan dibuat
supaya Status MSC akan diperolehi.
1. Pada peringkat awalnya usaha akan dibuat untuk menggunakan
teknologi telemedicine dan remote conferencing yang sedia ada.
2. Seterusnya usaha akan dibuat untuk memajukan teknologi ini secara embrace and extend,
reverse engineering dan acquisition and expansion, bergantung kepada situasi
pada masa tersebut.
3. Akhirnya segala teknologi akan lengkap dengan kebolehan untuk menyediakan pakej lengkap
telemedicine bermula dari penyediaan hardware (Multimedia computer -standalone/networked),
Intranet, Sambungan Internet, penyediaan software berdasarkan open standard
(TCP/IP-http-HTML-CGI) dan juga penyediaan kandungan (content) secara
menyeluruh.
4. Dalam pada masa yang sama, teknologi-teknologi yang lain (Virtual Reality, Augmented
Reality, VRML, Artificial Intelligence, Voice Recognition, database mining) akan dinilai
dari semasa ke semasa untuk digunakan, bergantung kepada kesesuaian semasa.
HARAPAN SAYA HALAMAN INI AKAN DAPAT MEMBERI MENAFAAT
SECARA PERCUMA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
|