Perhatian!! Kami sudah berpindah ke www.ainix.com Silalah berkunjung ke server baru kami di sana. Attention !! We have moved to www.ainix.com Welcome to our new server. |
Istilah Perubatan
Acute - Penyakit yang datang secara tiba-tiba dan mempunyai simptom yang serius dan tenat. Lihat kronik. Autoimmune - Penyakit autoimmune adalah keadaan dimana penyakit tersebut disebabkan oleh antibodi di dalam badan sendiri. Tugas antibodi ialah untuk membunuh kuman-kuman yang cuba masuk ke dalam badan tetapi disebabkan punca yang tidak diketahui, ia menyerang organ di dalam badan pesakit sendiri dan merosakkannya. Contoh penyakit autoimmune adalah Diabetes IDDM. Cancer, kanser, barah - lihat tumour. CT Scan - Computer Tomography Scan - Adalah foto yang dibuat hasil dari gabungan X-ray dan komputer. Pesakit akan dibaringkan diatas alat CT scanner, satu siri X-ray akan diambil pada kedudukan dan arah tertentu untuk menghasilkan foto keratan rentas sesuatu bahagian badan. Genetik - Didalam halaman ini genetik bermaksud kod-kod chromosome yang membina sel manusia. Kod-kod chromosome (panjang, berjalur dua, bersimpul dan terletak didalam sel) adalah rantaian protein yang menentukan segala pembentukan manusia (rupabentuk, sifat semulajadi, paras rupa, kekuatan, protein didalam badan dsg.) Idiopathic - istilah professional yang digunakan oleh doktor yang bermakna 'tidak tahu'. Penyakit yang dikelaskan idiopathic adalah penyakit yang tidak diketahui puncanya. Immune system - Sistem immune adalah sistem di dalam badan yang melindungi kita dari kuman-kuman yang merbahaya, dan juga dari sesetengah racun. Ianya dilakukan oleh sel darah putih dengan bantuan sel-sel lain dan bahan kimia di dalam badan.Sistem inilah yang bertanggungjawab memastikan kita tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dengan cara membunuh segala kuman yang cuba masuk kedalam badan kita. Inflamasi (inflammation) - apabila terjadi inflamasi pada bahagian ataupun organ didalam badan ianya akan menjadi merah, bengkak, terasa sakit dan bahagian itu menjadi panas. Ini disebabkan tindakbalas yang berlaku pada peringkat sel disebabkan oleh oleh punca-punca seperti jangkitan kuman atau kecederaan fizikal. Metastasis - digunakan untuk menunjukkan bahawa kanser sudah merebak ke bahagian lain badan. contohnya jika metastasis sudah berlaku kepada barah payudara ini bermakna ianya sudah merebak ke bahagian lain seperti hati, tulang dan paru-paru. MRI - Magnetic Resonance Imaging - Adalah foto kertan rentas sesuatu bahagian badan diambil dengan menggunakan satu daya magnet yang kuat sekeliling bahagian badan berkenaan. Kelebihan foto ini berbanding dengan CT scan adalah ia tidak menggunakan X-ray jadi tiada pendedahan terhadap radiasi (radiation). Kuman - Didalam webpage ini kuman adalah nama am yang diberikan kepada bakteria, virus, fungi dan protozoa. Kronik (chronic) - Penyakit bermula perlahan-lahan dan simptomnya timbul beransur-ansur dan pesakit mengalaminya dalam jangkamasa yang lama. Proctoscopy - Sejenis alat berupa tiub yang digunakan untuk melihat bahagian dalam dubur (contohnya bagi penyakit haemorrhoids/buasir). Lihat Sigmoidoscopy Psychiatry - Adalah cabang perubatan yang mengkaji dan mengubati penyakit dan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan masalah mentaliti dan kejiwaan. Simptom (symptom) - Tanda-tanda yang kelihatan bagi sesuatu penyakit. Sigmoidoscopy - Sejenis alat yang digunakan untuk melilihat ke dalam dubur contohnya jika terdapat simptom yang menyebabkan darah keluar dari dubur. Ianya digunakan untuk melihat lebih dalam berbanding dengan proctoscopy. Sign - Tanda-tanda penyakit yang biasanya tidak di laporkan oleh pesakit, tetapi di kesan oleh doktor. Contohnya tekanan darah rendah dikesan menggunakan penyukat tekanan darah (sphygmomanometer). Tumour, Tumor - Juga disebut
barah, kanser, carcinoma dan neoplasia, - bermakna ketumbuhan
baru. Tumour/cancer/neoplasia dibahagi kepada 2 iaitu jenis benign dan
jenis malignat . Jenis benign adalah tidak merbahaya, tidak
merebak dan jikalau dibuang tidak akan tumbuh semula (contohnya
fibroid yang tumbuh pada rahim wanita). Manakala jenis malignant pula adalah
yang kita kenali sebagai kanser. Ianya jenis yang merbahaya, mudah merebak, tumbuh semula
jikalau dibuang dan kerap membawa maut (contohnya kanser paru-paru). |
Pertanyaan mengenai penyakit / komen /
cadangan boleh |