topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Lung Cancer (barah paru-paru)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Barah paru-paparu adalah barah yang paling utama bagi lelaki (dan wanita sejak akhir-akhir ini). Penyebab utama barah paru-paru adalah asap rokok (utama) dan pendedahan kepada asap kenderaan. Ramalan (prognosis) bagi pesakit barah paru-paru adalah amat buruk tetapi malangnya, ia tidak diendahkan oleh sebahagian besar penghisap rokok. Kaitan yang jelas diantara merokok dan barah paru-paru telah didemonstrasikan oleh Doll dan Bradford Hill beberapa lama dahulu (British Medical Journal 1952, 2, 1271).
     

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Merokok beberapa puntung rokok sehari menaikkan risiko mendapatkan barah ini. Risiko akan bertambah dengan banyaknya jikalau perokok menghisap lebih daripada 20 batang sehari selama beberapa tahun. Bagi penghisap rokok pasif iaitu yang tidak menghisap rokok, tetapi menghidunya daripada penghisap  rokok yang berdekatan, mempunyai 1.5 kali ganda lebih risiko mendapat barah ini berbanding dengan biasa.

    Selain dari itu, terdapat punca-punca lain barah paru-paru diantaranya adalah asap kenderaan, pendedahan kepada asbestos, bahan-bahan radioaktif, logam arsenik, kromium dan bahan hasil petroleum.

bullet.gif (2533 bytes) Jenis-jenis barah paru-paru.

    Dibahagikan secara kasar kepada kepada small cell dan non small cell cancer

  • Small cell cancer (25%)- juga dipanggil oat-cell carcinoma. Sel kanser ini berkebolehan untuk menghasilkan beberapa jenis hormon. Jenis ini adalah yang paling cepat membesar dan merebak tetapi ia juga adalah salah satunya jenis barah paru-paru yang berkesan diubati dengan chemotherapy.
  • Non-small cell cancer  - terbahagi lagi kepada beberapa jenis
    -    Squamous cell carcinoma (40%) - Jenis yang paling kerap berlaku, boleh menyebabkan lompang didalam paru-paru (cavity) tetapi lambat merebak bahagian lain badan.
    -    Large cell carcinoma (25%) - merebak awal
    -    Adenocarcinoma (10%) - Lebih kerap berlaku kepada mereka yang terdedah kepada asbestos.
    -    Lain - lain jenis kanser mempunyai peratusan 1-2%.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

     Tanda-tanda kanser paru-paru adalah:-

  • Batuk (40%)
  • Sakit dibahagian dada (20%)
  • Batuk berdarah 7%
  • Jangkitan kuman pada paru-paru, keletihan, kehilangan berat badan, sesak nafas, suara menjadi kasar.
  • Terdapat banyak lagi tanda-tanda lain yang rumit.

bullet.gif (2533 bytes) Pemeriksaan

    Pemeriksaan yang paling penting adalah X-ray. Kelebihan X-ray adalah ianya paling senang dan paling mudah dibuat. Masalahnya adalah ketajamannya (resolution) tidak cukup tinggi iaitu kanser yang bersaiz  <1 cm sukar dikesan.  Untuk mendapatkan ketajaman yang lebih tinggi, CT Scan digunakan.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

    Chemotherapy iaitu rawatan dengan ubat yang boleh membunuh sel kanser (dan sel-sel badan yang lain) berkesan hanya untuk small cell cancer. Hasilnya pesakit boleh menambahkan purata kehidupan kepada 10 bulan (hanya 2 bulan tanpa chemotherapy). Terdapat pesakit yang boleh hidup selama beberapa tahun selepasnya.

    Pembedahan - hanya untuk non small cell cancer. Walaubagaimanapun tidak kesemuanya boleh dibuang secara pembedahan. Ianya bergantung kepada jenis-jenisnya dan kedudukan kanser tersebut. Secara puratanya, 30% pesakit yang menjalani rawatan ini hidup selama 5 tahun lagi.

    Radiotherapy iaitu rawatan secaran pancaran sinaran radiasi untuk membunuh sel kanser. Ianya hampir sama keberkesanannya dengan pembedahan. Ia adalah pilihan utama jika pesakit uzur ataupun tidak sesuai untuk pembedahan.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan

    Secara keseluruhannya ramalan untuk penyakit barah paru-paru amatlah buruk maka pencegahan (berhenti merokok) adalah jauh lebih baik dari rawatan.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved