topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Istilah Perubatan

Acute - Penyakit yang datang secara tiba-tiba dan mempunyai simptom yang serius dan tenat. Lihat kronik.

AutoimmunePenyakit autoimmune adalah keadaan dimana penyakit tersebut disebabkan oleh antibodi di dalam badan sendiri. Tugas antibodi ialah untuk membunuh kuman-kuman yang cuba masuk ke dalam badan tetapi disebabkan punca yang tidak diketahui, ia menyerang organ di dalam badan pesakit sendiri dan merosakkannya. Contoh penyakit autoimmune adalah Diabetes IDDM.

Cancer, kanser, barah - lihat tumour.

CT ScanComputer Tomography Scan - Adalah foto yang dibuat hasil dari gabungan X-ray dan komputer. Pesakit akan dibaringkan diatas alat CT scanner, satu siri X-ray akan diambil pada kedudukan dan arah tertentu untuk menghasilkan foto keratan rentas sesuatu bahagian badan.

GenetikDidalam halaman ini genetik bermaksud kod-kod chromosome yang membina sel manusia. Kod-kod chromosome (panjang, berjalur dua, bersimpul dan terletak didalam sel) adalah rantaian protein yang menentukan segala pembentukan manusia (rupabentuk, sifat semulajadi, paras rupa, kekuatan, protein didalam badan dsg.)

Idiopathicistilah professional yang digunakan oleh doktor yang bermakna 'tidak tahu'. Penyakit yang dikelaskan idiopathic adalah penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Immune systemSistem immune adalah sistem di dalam badan yang melindungi kita dari kuman-kuman yang merbahaya, dan juga dari sesetengah racun. Ianya dilakukan oleh sel darah putih dengan bantuan sel-sel lain dan bahan kimia di dalam badan.Sistem inilah yang bertanggungjawab memastikan kita tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dengan cara membunuh segala kuman yang cuba masuk kedalam badan kita.

Inflamasi (inflammation) - apabila terjadi inflamasi pada bahagian ataupun organ didalam badan ianya akan menjadi merah, bengkak, terasa sakit dan bahagian itu menjadi panas. Ini disebabkan tindakbalas yang berlaku pada peringkat sel disebabkan oleh oleh punca-punca seperti jangkitan kuman atau kecederaan fizikal.

Metastasis - digunakan untuk menunjukkan bahawa kanser sudah merebak ke bahagian lain badan. contohnya jika metastasis sudah berlaku kepada barah payudara ini bermakna ianya sudah merebak ke bahagian lain seperti hati, tulang dan paru-paru.

MRIMagnetic Resonance Imaging - Adalah foto kertan rentas sesuatu bahagian badan diambil dengan menggunakan satu daya magnet yang kuat sekeliling bahagian badan berkenaan. Kelebihan foto ini berbanding dengan CT scan adalah ia tidak menggunakan X-ray jadi tiada pendedahan terhadap radiasi (radiation).

KumanDidalam webpage ini kuman adalah nama am yang diberikan kepada bakteria, virus, fungi dan protozoa.

Kronik (chronic)Penyakit bermula perlahan-lahan dan simptomnya timbul beransur-ansur dan pesakit mengalaminya dalam jangkamasa yang lama.

ProctoscopySejenis alat berupa tiub yang digunakan untuk melihat bahagian dalam dubur (contohnya bagi penyakit haemorrhoids/buasir). Lihat Sigmoidoscopy

PsychiatryAdalah cabang perubatan yang mengkaji dan mengubati penyakit dan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan masalah mentaliti dan kejiwaan.

Simptom (symptom)Tanda-tanda yang kelihatan bagi sesuatu penyakit.

SigmoidoscopySejenis alat yang digunakan untuk melilihat ke dalam dubur contohnya jika terdapat simptom yang menyebabkan darah keluar dari dubur. Ianya digunakan untuk melihat lebih dalam berbanding dengan proctoscopy.

Sign Tanda-tanda penyakit yang biasanya tidak di laporkan oleh pesakit, tetapi di kesan oleh doktor. Contohnya tekanan darah rendah dikesan menggunakan penyukat tekanan darah (sphygmomanometer).

Tumour, Tumor - Juga disebut barah, kanser, carcinoma dan neoplasia, - bermakna ketumbuhan baru. Tumour/cancer/neoplasia dibahagi kepada 2 iaitu jenis benign dan jenis malignat . Jenis benign  adalah tidak merbahaya, tidak merebak dan  jikalau dibuang tidak akan tumbuh semula (contohnya fibroid yang tumbuh pada rahim wanita). Manakala jenis malignant  pula adalah yang kita kenali sebagai kanser. Ianya jenis yang merbahaya, mudah merebak, tumbuh semula jikalau dibuang dan kerap membawa maut (contohnya kanser paru-paru).
 
Ulcer, UlcerationMaksud umum ulcer adalah keadaan yang berlaku apabila kulit (samaada kulit luar badan ataupun dinding dalam organ di dalam badan contohnya dinding usus) menjadi pecah. Jikalau ianya kulit diluar badan, ianya kelihatan berkudis dan mungkin bernanah. Jika  ianya kulit organ di dalam badan, ianya akan mengalami inflamasi. Ulcer biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh.

 
 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved