topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Epistaxis (resdung)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Resdung adalah penyakit hidung berdarah. Sebahagian kecil sahaja puncanya diketahui. Selebihnya dikelaskan sebagai idiopathic (iaitu bahasa professional doktor yang bermakna 'tidak tahu')

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Salur darah dari jantung ke organ badan dinamakan arteri  manakala salur darah dari organ badan balik ke jantung dipanggil vein.

    Kebanyakan pendarahan hidung datang dari bahagian penghadang (nasal septum) diantara kedua lubang hidung (dibahagian dalam). Bagi orang muda, <35 tahun, pendarahan biasanya datang dari salur vein manakala bagi orang yang berumur ianya datang dari salur arteri didalam hidung.

    Bagi kes-kes yang tidak diketahui punca, ianya kerap berlaku waktu pagi, sewaktu sejuk, sewaktu terkena demam selsema, ketika panas matahari terik dan ketika melakukan kerja-kerja berat. Bagi orang yang berumur, ianya dikaitkan dengan masalah salur darah yang lain (degenerative arterial disease) dan masalah tekanan darah tinggi.

    Punca-punca yang lain adalah :-

  • Atropic rhinitis (inflamasi pada bahagian dalam hidung) - selalu bersin, hidung tersumbat dan berhingus.
  • Hereditary telangiectasia - iaitu masalah keturunan yang menyebabkan salur darah kecil mengembang dan mudah pecah terutama sekali pada bahagian hidung dan usus. Kekerapan pendarahan adalah tinggi.
  • Ketumbuhan (tumor) pada hidung ataupun ruang udara (sinuses) disekitar tulang hidung - amat jarang berlaku.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Bagi pendarahan hidung biasa (tidak pitam) - pesakit dikehendaki duduk (jangan baring) supaya tekanan darah dibahagian tersebut turun sedikit. Bahagian hidung hendaklah dipicit dan ditekan kedalam dengan ibu jari dan jari telunjuk secara sekata selama 10 minit sehingga darah berhenti (gunakan ais jika boleh mendapatkannya).

    Bagi pesakit yang pengsan (pendarahan banyak), ambulan perlu dipanggil supaya pesakit boleh diberikan oksigen dan dibawa kehospital untuk rawatan seterusnya (dimasukkan darah jika perlu). Dihospital jika pendarahan terus berlaku, pembedahan mengikat salur arteri mungkin dibuat.

    Bagi penyakit resdung biasa yang tidak diketahui punca, tidak terdapat ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk menghentikannya. (mungkin pembaca pernah mendengar terdapat ubat-ubatan tradisional yang berkesan menyembuhkannya?)
     

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved