topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Hepatitis  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Hepatitis adalah inflamasi yang berlaku pada sel-sel hati. Perubahan inflamasi ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti jangkitan virus (virus hepatitis A, B, C, D dan E), pengambilan alcohol yang berlebihan, dan juga pengambilan yang berlebihan ubat-ubatan seperti paracetamol (panadol).

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit. 

    Virus Hepatitis A dan E.

    Sangat mudah berjangkit. Ianya merebak melalui makanan yang tercemar terutamanya makanan laut. Virus E lebih merbahaya kepada ibu-ibu yang mengandung dan boleh menyebabkan kematian sehingga 20% daripada kes-kes yang berlaku.

    Rawatan - Setelah mendapat penyakit ini buat kali pertama, biasanya badan akan menjadi kebal daripada jangkitan kedua untuk jangkamasa yang sangat lama.
    Rawatan pesakit lebih kepada penjagaan kesihatan umum.

    Ramalan - Kebiasaannya kesemua pesakit akan sembuh. Virus ini biasanya tidak tinggal lama didalam badan. Pesakit yang telah sembuh jarang menjadi pembawa kuman.

    Virus hepatitis B, C dan D.

    Ianya merebak melalui perkongsian jarum (penagih dadah), penerimaan darah yang tercemar, dan juga hubungan sex dengan pesakit. Virus-virus ini boleh menyebabkan kematian sehingga 5-20% daripada kes-kes dan boleh hidup didalam badan pesakit untuk jangkamasa yang lama. Pesakit sebegini tidak kelihatan sakit tetapi mereka boleh menyebarkannya kepada orang lain.

    Kanser hati agak berleluasa di tempat-tempat yang mempunyai kes Hepatitis B.
    Kes hepatitis B yang berlarutan (kronik) boleh menyebabkan cirrhosis (hati mengecut, berketul-ketul, keras dan tidak berfungsi).

    Rawatan - Vaksin boleh digunakan bagi sesiapa yang berisiko tinggi untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini. Sejenis perencat yang dinamakan Interferon mungkin boleh mengubati sesetengah kes.  Rawatan-rawatan lain kebanyakannya umum dan lebih kepada mengelakkannya dari berjangkit ke tempat lain.

    Ramalan - Hanya 5-10% menjadi tenat dan sekali sekala (amat jarang) ianya boleh menyebabkan penyakit pada buah pinggang (glumerulonephritis).

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved