topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Leukaemia (leukimia)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Darah terdiri daripada beberapa komponen. Antara yang terpenting adalah sel darah merah (pembawa oksigen), sel darah putih (terlibat dalam pembentukan antibodi dan melawan jangkitan penyakit), platelet (terlibat dalam proses pembekuan darah contohnya selepas kecederaan), dan plasma (cecair jernih).

    Kanser adalah penyakit yang berlaku apabila sesuatu jenis sel didalam badan bercambah dan membahagi tanpa kawalan menghasilkan begitu banyak sel-sel berpenyakit yang baharu.

    Leukimia adalah kanser sel darah putih. Darah pesakit mempunyai begitu banyak sel darah putih daripada biasa. Terdapat 4 jenis leukimia yang utama. Istilah-istilah yang digunakan mungkin agak susah difahami.

    1. Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) - Biasanya kanak-kanak.
    2. Acute Myeloblastic Leukaemia (AML) - Biasanya kanak-kanak dan remaja.
    3. Chronic Lymphatic Leukaemia (CLL) - Dewasa berumur 40-80 tahun.
    4. Chronic Myeloid Leukaemia (CML) - Dewasa  30-60 tahun.

    Sel darah putih terbahagi kepada banyak jenis dan pelbagai peringkat kematangan. Pembahagian diatas berdasarkan jenis-jenis dan peringkat kematangannya.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Seperti biasa punca apa-apa penyakit kanser sukar untuk dikenalpasti. Terdapat laporan mengatakan ianya dikaitkan dengan virus, tetapi ianya sukar dipastikan. Terdapat ramai juga pesakit yang mempunyai keganjilan pada komposisi genetik (chromosomal deletion and translocation) di dalam selnya.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda, Rawatan dan Ramalan.

    1. Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) - Biasanya kanak-kanak.
    Tanda-tanda -   Kekurangan sel darah merah (anaemia), mudah berdarah, mudah mendapat jangkitan kuman, sakit-sakit tulang dan sendi, organ spleen (dibahagian kiri-atas perut) membesar, bengkak di leher (lymphadenopathy), organ thymus (di bahagian dalam dada) membesar, dan mungkin terdapat kelumpuhan beberapa urat saraf di kepala.

    Rawatan - Terima darah, antibiotik, dan chemotherapy (ubat kimia untuk membunuh sel kanser). Sesetengah kes perlukan pembedahan untuk menggantikan sum-sum tulang (bone marrow).

    Ramalan - 50% akan sembuh. Mereka yang tidak bernasib baik biasanya lelaki, berumur <10 tahun, sel darah putih terlampau banyak dan terdapat kelumpuhan saraf kepala.

    2. Acute Myeloblastic Leukaemia (AML) - Biasanya kanak-kanak dan remaja.
    Tanda-tanda - Kekurangan sel darah merah (anaemia), mudah berdarah, mudah mendapat jangkitan kuman, sakit-sakit tulang dan sendi, gusi membengkak, lesu dan tidak bermaya dan mungkin terdapat ketulan pada kulit.

    Rawatan -  Terima darah, antibiotik, chemotherapy dan pembedahan gantian sum-sum tulang.

    Ramalan
        - Setelah menjalani chemotherapy, 20% akan hidup untuk jangkamasa yang panjang.
        - Setelah menjalani pembedahan sum-sum, 50% hidup untuk jangkamasa yang panjang.

    3. Chronic Lymphatic Leukaemia (CLL) - Dewasa berumur 40-80 tahun.
    Tanda-tanda - 25% tiada tanda-tanda awal. Selainnya,  mudah berdarah, mudah mendapat jangkitan kuman, badan kurus kering, organ hati dan organ spleen membesar.

    Rawatan - Antibiotik, chemotherapy dan radiotherapy (rawatan menggunakan pancaran radioaktif).

    Ramalan - Secara keseluruhannya baik.

    4. Chronic Myeloid Leukaemia (CML) - Dewasa  30-60 tahun.

    Tanda-tanda - Organ spleen bersais amat besar, kurus, letih, mendapat penyakit gout, sakit bahagian perut dan mudah berdarah.

    Rawatan - Chemotherapy.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved