topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Renal Calculi (batu karang)  

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Penyakit batu karang adalah disebabkan oleh pembentukan batu kecil didalam buah pinggang ataupun di pundi kencing. Apabila batu tersebut keluar bersama-sama dengan air kencing, ia menyebabkan kesakitan yang amat perit kepada pesakit. Biasanya batu karang  boleh kelihatan (90%) di dalam filem X-Ray jadi doktor dapat mengetahui kedudukannya yang sebenar (dalam buahpinggang, tiub kencing atau pundi kencing)

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Secara normalnya badan manusia menghasilkan bahan-bahan kimia/galian pada paras tertentu (calcium, magnesium, uric acid, cyctine). Bahan-bahan ini akan dibuang bersama-sama dengan air kencing. Pada paras biasa, ianya tidak akan membentuk batu karang. Tambahan pula, badan menghasilkan bahan kimia untuk bertindak menghalang pembentukan ini. Bagi pesakit pula terdapat beberapa kemungkinan:-

  • Badan pesakit menghasilkan bahan-bahan kimia/galian tersebut pada kadar yang tinggi (contohnya pesakit hypercalciuria dimana paras kalsium dalam air kencing amat tinggi)
  • Badan pesakit tidak menghasilkan bahan kimia untuk menghalang pembentukan batu karang.
  • Badan pesakit selalu kekeringan (kurang minum air, cuaca panas terik-bahang)

  • Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kepekatan air kencing menjadi tinggi seterusnya memudahkan pembentukan batu karang.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Jikalau batu karang tersebut sangat kecil dan tidak keluar bersama-sama dengan air kencing, ianya tidak memberikan apa-apa tanda.

    Kesakitan yang amat 'tajam' dirasakan apabila batu ini bergerak bersama-sama air kencing melalui ureter (salur dari buah pinggang ke pundi kencing). Kesakitannya amat pedih dan boleh menular ke bahagian belakang badan dan ke sekitar kemaluan. Pesakit akan menggeliat kesakitan dan cuba mencari posisi yang paling selesa. Pesakit juga menjadi pucat, berpeluh dan termuntah. Darah boleh hadir didalam air kencing (biasanya tidak kelihatan dengan mata kasar).

    Jikalau batu tersebut menyumbat salur keluar dari pundi kencing, ia menyebabkan pesakit tidak boleh kencing dan menyebabkan pundi itu mengembang. Ini menyebabkan pesakit merasai bahagian bawah perut membesar..

bullet.gif (2533 bytes) Komplikasi

    Batu karang yang tersumbat selalu menyebabkan jangkitan kuman bakteria pada organ tersebut (urinary tract infection). Pesakit akan merasa kesakitan ketika membuang air kencing, lebih kerap membuang air kencing (siang dan malam), demam, sakit secara am dibahagian kemaluan, air kencing berbau hapak dan mungkin terdapat darah. Pesakit memerlukan antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Pesakit yang sedang mengerang kesakitan akan diberikan ubat penahan sakit (analgesic). Batu yang lebih kecil dari 0.5 cm biasanya akan lepas keluar. Batu-batu yang lebih besar dan tersekat perlu dikeluarkan oleh doktor.

    Ini dibuat samaada dengan pembedahan ataupun secara extracorporeal shockwave lithotripsy (pancaran gelombang tertentu pada buah pinggang untuk memecahkan batu tersebut tanpa perlu pembedahan). Batu yang telah pecah akan keluar bersama-sama air kencing tetapi jika terdapat batu besar yang tidak dapat dipecahkan, ia perlu dikeluarkan dengan pembedahan.

    Amalan pencegahan patut dilakukan oleh pesakit yang sudah sembuh/dibedah. Ini adalah kerana 50% pesakit akan mendapat batu karang semula dalam masa 10 tahun. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil adalah minum air dengan banyak, segelas besar sebelum tidur dan segelas lagi apabila bangun pagi.

    Bagi pesakit yang mempunyai paras kalsium yang tinggi, elakkan makanan yang banyak kalsium (contohnya ikan bilis, susu, tablet vitamin/mineral yang mengandungi kalsium) dan vitamin D (vitamin D menggalakkan penyerapan kalsium oleh badan). Elakkan meminum air yang mengandungi bahan galian tinggi (air yang banyak galian jika digunakan untuk membasuh tangan kurang mengeluarkan buih - sesetengah tempat air paipnya secara semulajadi bergalian tinggi)

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved