topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Rubella  
 

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Walaupun rubella boleh menyerang sesiapa sahaja, kesannya tidak begitu membahayakan. Akan tetapi rubella amat merbahaya jikalau menyerang ibu yang mengandung kerana ia boleh menyebabkan kecacatan kandungan. Jadi halaman ini lebih membincangkan rubella pada ibu-ibu yang mengandung.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Rubella (juga dikenali sebagai german measle) disebabkan oleh virus. Ia merebak dengan cara terkena sentuhan, bersin dan batuk dari pesakit. Waktu sejuk/hujan adalah waktu yang memudahkannya merebak. Jangkitan kali pertama menyebabkan badan membuat antibodi yang boleh menghalang jangkitan kedua untuk sepanjang hidup pesakit.
     

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Secara keseluruhannya simptom adalah sederhana. Pesakit mungkin sedikit pening kepala, bersin, terdapat sedikit kahak, batuk, sakit tekak dan suhu badan naik sedikit. Kudis-kudis kecil berwarna kemerahan timbul pada muka, leher dan dada. Pada hari seterusnya ianya merebak ke seluruh badan. Kudis tersebut akan sembuh dalam masa 3-5 hari. Jikalau diperiksa pada bahagian leher pesakit, terdapat ketulan bulat-pejal bersaiz sederhana pada leher pesakit (lympadenopathy).

    Akan tetapi hampir 50% ibu-ibu yang dijangkiti tidak menunjukkan apa-apa simptom.

bullet.gif (2533 bytes) Akibat.

    Biasanya tidak terdapat akibat serius kepada pesakit. Tetapi ianya amat merbahaya ketika mengandungkan anak. Jika kandungan berusia 1 bulan, 50% kandungan akan mengalami kecacatan manakala jika ibu sudah mrnjangkau 4 bulan, peratusnya turun kepada 5%. Contoh-contoh kecacatan adalah buta mata, pekak, kecacatan jantung, kecacatan otak (cerebral palsy), otak kecil, terencat akal. Bagi keadaan yang lebih serius, ia boleh menyebabkan keguguran ataupu kematian bayi dalam kandungan.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Rawatan pencegahan adalah yang paling baik iaitu dengan memastikan setiap wanita/remaja perempuan mendapat vaksin rubella. Vaksin ini adalah virus hidup yang dilemahkan sehingga ia tidak bermaya sama-sekali dan merangsang badan membuat antibodi yang boleh melindungi diri sepanjang hayat. Oleh kerana vaksin ini adalah virus hidup, setiap penerima vaksin hendaklah memastikan bahawa mereka tidak akan mengandung dalamasa 3 bulan selepas menerimanya untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini (walaupun ianya sukar berlaku tetapi risiko ini tidak boleh diambil).

 

 
 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved