topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Anaemia (kekurangan sel darah merah)

Darah terdiri daripada beberapa komponen. Antara yang terpenting adalah sel darah merah (pembawa oksigen), sel darah putih (terlibat dalam pembentukan antibodi dan melawan jangkitan penyakit), platelet (terlibat dalam proses pembekuan darah contohnya selepas kecederaan), dan plasma (cecair jernih).

Anaemia adalah disebabkan kekurangan sel darah merah.Sel darah merah mempunyai bahagian yang dikenali sebagai hemoglobin. Antara bahan asas hemoglobin adalah zat besi (iron) - kerana itulah pesakit kekurangan darah diberi zat besi.

Jenis-jenis anaemia adalah:-

    1. Microcytic Hypochromic Anaemia (sel darah bersais kecil, berwarna merah pudar)
    2. Megaloblastic Hyperchromic Anaemia (sel bersais besar/tidak matang, warna merah pekat)
    3. Normocytic Normochromic Anaemia (sel darah bersais normal, berwarna normal)
    4. Aplastic Anaemia (kekurangan kesemua komposisi darah termasuk darah merah)
    5. Haemolytic anaemia (anaemia disebabkan pemusnahan sel darah merah)



 

bullet.gif (2533 bytes) 1. Microcytic Hypochromic Anaemia (sel darah bersais kecil, berwarna merah pudar)

Punca Penyakit:

    a. Kehilangan darah - pendarahan yang banyak (hemorrhage) selepas cedera (contoh eksiden jalanraya), haid yang berlebihan, bersalin, pendarahan didalam usus besar/kecil/perut, penyakit pendarahan contohnya hemophilia dll

    b. Pembentukan darah yang tidak sempurna - contohnya disebabkan oleh:-

    • jangkitan penyakit/bacteria/virus.
    • sisa toksik berlebihan dalam badan contohnya urea (salah satu komponen aitr kencing) akibat dari sakit buah pinggang.
    • ubat-ubatan - jenis jenis tertentu.

    c. Kekurangan zat besi ( )
    d. Penyakit usus yang menyebabkan kesukaran menyerap zat besi

Simptom dan sign.

    Berbeza beza. Secara am nya
    a. Pucat (pallor)
    b.Terasa lemah dan terasa hampir pitam/pening (giddiness). Pesakit akan pengsan jika dia berdiri atau bangun tiba-tiba.
    c. Bernafas dengan cepat, denyutan nadi bertambah laju (tachycardia), tekanan darah rendah - jika anaemia berlaku tiba-tiba.

    Tanda-tanda lain:-
    d. Sakit lidah (glossitis), suara kasar, kuku tangan mudah patah dan melengkung keatas/cekung (koilonychia).

Rawatan

    Mengambil zat besi (ferrous sulphate)
    Lain-lain rawatan bergantung kepada punca penyakit. Contohnya jikalau disebabkan oleh pendarahan dalam usus, puncanya akan dikenalpasti dan akan dirawat.



 

bullet.gif (2533 bytes) 2. Megaloblastic Hyperchromic Anaemia (sel bersais besar/tidak matang, warna merah pekat)

Punca Penyakit

    a. Punca utamanya ialah sejenis penyakit yang dinamakan Pernicious Anaemia (Anaemia disebabkan oleh kekurangan vitamin B12)
    b. lain lain punca jarang terjadi.

Simpton dan sign

    Kebiasaannya pesakit pertengahan umur (>40 tahun) . Pesakit akan kelesuan, pucat. Lidah mungkin menjadi sakit, menjadi licin, nipis dan berwarna lebih merah dari biasa. Sakit dan mengelupas di penjuru mulut

Akibat (Complication)

    Salah satu akibat merbahaya disebabkan oleh pernicious anaemia adalah ia boleh menyebabkan kereputan saraf tulang belakang (Subacute Combined Degeneration of Spinal Cord). Pesakit akan merasa kebas di kaki, diikuti dengan kekerasan kaki (sukar dibengkokkan). Jika tidak dirawat ianya akan menjadi lumpuh.

Rawatan

    Pesakit diberikan injeksi vitamin B12 (hydroxocobalamine). Pesakit pernicious anaemia dikehendaki mengambil vitamin ini sepanjang hayatnya.



 

bullet.gif (2533 bytes) 3. Normocytic Normochromic Anaemia (sel darah bersais normal, berwarna normal)
 

    Disebabkan oleh penyakit kronik seperti sesetengah penyakit Endokrin (kelenjar thyroid, pancreas, pituitari dll), jangkitan kronik, penyakit tisu (collagen) didalam badan, sesetengah kanser dll.

    Simptom dan rawatannya bergantung kepada punca penyakit.



 

bullet.gif (2533 bytes) 4. Aplastic Anaemia (kekurangan kesemua komposisi darah termasuk darah merah)

    Pesakit mempunyai kandungan sel darah amat berkurangan. Tidak ada tanda-tanda sel darah merah dibina semula di tulang sum-sum (bahagian dalam/tengah tulang) ( = bone marrow). Puncanya kebiasaannya tidak diketahui. Sesetengahnya disebabkan oleh sisa toksik, radiasi (radiation), sesetengah ubat/dadah.

    Pesakit menjadi amat pucat, berlaku pendarahan dibawah lapisan kulit dan suhu badan naik.
    Rawatannya ialah dengan menerima darah daripada penderma darah secara berjadual. Sesetengah pesakit sembuh seperti sediakala, sesetengahnya pula hanya hidup untuk beberapa tahun. Cara rawatan yang lain adalah dengan melakukan pembedahan gantian sum-sum didalam tulang.



 

bullet.gif (2533 bytes) 5. Haemolytic anaemia (anaemia disebabkan pemusnahan sel darah merah)

    Ini disebabkan oleh pemusnahan sel darah merah (haemolysis) dengan kadar yang cepat. antara sebabnya ialah

    • Sel darah merah tidak stabil secara fizikal (penyakit keturunan), contohnya hereditary  spherocytosis.
    • Keganjilan bentuk sel darah merah (penyakit keturunan) contohnya thalassemia dan   sickle cell disease.
    • Penyakit ketiadaan enzim/pencerna/penghadam didalam badan contohnya G6PD dan pyruvate kinase deficiency.
    • Sebab-sebab lain - jangkitan kuman, ubat/dadah, penyakit imunisasi (autoimmune) dll.

    Simptom am:

    • Terkena penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata putih (jaundice).
    • letih, lesu dan mudah berdarah.

    Rawatannya bergantung kepada jenis punca.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved